Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bersama Persatuan Anak-Anak Melaka di Perantauan (Perawan) menjemput semua anak Melaka yang berada di sekitar Lembah Kelang ke Majlis Jamuan Teh pada 18 April ini.
Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, antara tujuan diadakan majlis tersebut adalah bagi menyatukan anak-anak Melaka di sekitar Lembah Kelang agar dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin.
"Saya mengalu-alukan kehadiran mereka ke majlis tersebut dan untuk kita fikirkan bersama apakah bentuk sumbangan yang boleh mereka berikan bagi memacu kejayaan PAS di Melaka.
"Adalah tidak mustahil untuk kita menguasai Negeri Melaka kerana pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu kita hanya memerlukan 11 peratus sahaja lagi bagi mentadbir negeri Melaka," kata beliau.
Mereka itu, kata Ustaz Ghani terdiri daripada golongan intelektual, korporat dan terbuka mindanya mampu mempengaruhi ibu-bapa serta sanak saudara di kampung untuk melakukan perubahan politik dalam pilihan raya.
"Kalau mereka dapat balik mengundi dan mempengaruhi ibu-bapa maka tidak mustahil kita dapat perintah negeri Melaka," ujarnya.
Majlis Jamuan Teh anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Perawan itu akan diadakan pada 18 April 2009, bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor dari pukul 3 petang hingga 6 petang.
Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Chulan (019-641 2717) dan Ali Bakar (019-227 6874).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan