Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 18 Mei 2009

DACS MELAKA APA KABAR ??

Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menjadikan sukan sebagai medium dakwah bagi menarik belia menyertai kegiatan keagamaan anjuran pelbagai agensi berkaitan agama berikutan kekurangan penyertaan golongan itu dalam program berkenaan sebelum ini.

Menterinya, Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata kegiatan keagamaan anjuran agensi berkaitan agama kurang mendapat sambutan belia seolah-olah wujud penghalang untuk mereka menyertainya.

Beliau berkata, masalah itu berpunca daripada anggapan belia bahawa program keagamaan hanya tertumpu kepada Kelas Fardu Ain dan kifayah, ceramah agama dan qiamullail.

“Melalui program sukan, lebih ramai belia menyertai kegiatan agama anjuran jabatan dan agensi kerajaan. Ini memudahkan pendakwah mendampingi mereka.

“Jika remaja boleh berjaga awal pagi untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, kita boleh praktikkan dakwah kepada mereka supaya mengambil air sembahyang walaupun tidak solat sunat.

“Berwuduk pun menerima pahala. Saya percaya perlahan-lahan mereka akan bersolat sunat sebelum menonton bola,” katanya pada sidang media selepas menutup Liga Sukan Agensi Agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam peringkat negeri di Kompleks Sukan Likas, di sini, semalam.

Sebanyak 12 kontinjen mengambil bahagian dalam liga berkenaan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) muncul juara keseluruhan.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Jamil Khir berkata, pakaian menutup aurat bukan penghalang untuk memenangi pingat emas dalam kejohanan sukan seperti yang dibuktikan pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara yang mencatat sejarah selepas memenangi pingat emas Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Tiada ulasan: