Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 7 Mei 2009

Lagi Kerja Tak Bertamadun : Yb.Salehuddin dan Ust Mujahid jadi Mangsa

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa telah ditahan polis pagi ini.Salahuddin sebelum ini ditahan dipercayai ketika cuba untuk membuat sidang media di wisma DAP berhampiran Dewan Undangan Negeri Perak.

Sementara itu, sebentar tadi Mujahid turut ditahan polis apabila berada di sekitar kawasan bangunan DUN.Menurut wakil Harakahdaily yang berada di kawasan berkenaan, suasana agak kelam-kabut dengan tindakan pihak polis yang menguatkuasakan larangan berada dalam radius 500 meter sekitar kawasan bangunan DUN.Dalam pada itu, tiga wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ADUN Teratai, Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dipercayai turut ditahan sebentar tadi.

Sementara itu, kira-kira 20 orang sudah ditahan polis dipercayai ketika berada di sekitar kawasan berhampiran Dun Perak.Selain itu, suasana di sekitar bulatan Taman Tasik Seenivasagam turut kecoh dan kelam-kabut apabila pihak polis dilihat mengejar orang ramai yang didapati sedang berkumpul

Tiada ulasan: