Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS seluruh negara berkampung di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti untuk membantu calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman selepas hari penamaan calon pada 23 Mei ini.
Beliau ketika berceramah bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kampung Pak Elong semalam menambah, semangat juang yang tinggi amat penting diterjemahkan oleh semua gabungan parti dalam Pakatan Rakyat untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat tidak mustahil boleh jadi pemerintah lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).
BN diamanahkan memerintah Malaysia selama 50 tahun lebih nyata bukan membawa kecemerlangan bahkan memeritkan rakyat dengan berbagai kenaikan yang tidak sewajarnya.
"Datanglah beramai-ramai ke Dun Penanti untuk memberikan tenaga dan buah fikiran untuk memastikan calon Pakatan Rakyat berjaya di situ. Kejayaanya kelak bukan kejayaan KeADILan sahaja malahan PAS dan DAP, " tambahnya.
PAS dengan bantuan PAS Pulau Pinang akan memberitahu di mana lokasi negeri-negeri akan ditempatkan bersama jentera KeADILan termasuk DAP.
Tambahnya, setelah bersama melaksanakan tugasan yang diberikan semua gabungan Pakatan Rakyat akan merancang strateji bagaimana untuk menjatuhkan pengaruh BN yang telah hampir punah.
BN dan Umno sebenarnya kata Dr Hatta, berada di garisan penamat untuk terjun ke lautan dalam maka menjadi tugas Pakatan Rakyat menolak parti itu bersama rakyat yang sudah muak dengan telatah mereka.
"Pilihan raya kecil Penanti merupakan satu lagi peluang untuk menolak Umno maka laksanakan tugas dengan sempurna tanpa ada perasaan tidak puas hati. Yang penting Umno kalah dan terus menderita, " tegasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan