Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 25 Jun 2009

OBAMA USAHA HENTI MEROKOK

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mungkin telah menyukarkan lagi perniagaan pembuatan rokok namun beliau sendiri masih lagi belum berhenti merokok sepenuhnya.

Obama yang secara umumnya berusaha keras untuk menghentikan tabiat buruk itu, belum berhenti sepenuhnya walaupun selepas menandatangani rang undang-undang yang akan memperketat lagi peraturan kepada industri tembakau.

“Sebagai bekas perokok, saya sentiasa berusaha mengatasi keinginan. Pernahkah saya kembali melakukannya? Ya. Adakah saya menghisap rokok setiap hari, merokok dengan kerap? Tidak.

“Saya tidak merokok di depan anak-anak dan keluarga saya. Saya boleh dikatakan 95 peratus sembuh namun ada kalanya saya merokok semula,” tegas Obama.

Undang-undang baru itu memberi kuasa kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (USFDA) untuk mengehadkan pengeluaran dan pemasaran produk tembakau.

Pada majlis menandatangani undang-undang tersebut Isnin lalu, Obama menyatakan bahawa dirinya adalah antara hampir 90 peratus perokok memulakan tabiat itu sebelum hari jadi ke-18.

Hampir 20 peratus rakyat AS adalah perokok dan penggunaan tembakau telah membunuh 440,000 orang setiap tahun di negara ini akibat penyakit berpunca dari kanser, penyakit hati, emfisema dan beberapa penyakit kronik lain.

Tiada ulasan: