Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 5 Julai 2009

KENYATAAN KETUA PENERANGAN PAS MELAKA MENGENAI KEGANASAN PEMUDA UMNO BUKIT KATIL KEATAS PEMUDA PAS DAN PEMUDA DAP

Saya rasa sungguh kesal dengan sikap Pemuda Umno yang membuat kenyataan bohong di Malaysiakini sebagai menjawab kenyataan akhbar yang saya buat tentang keganasan mereka semalam.

Dalam kenyataan di Malaysiakini hari ini mereka menuduh pemimpin PAS dan DAP membuat provokasi kepada pemuda Umno sehingga terjadi pergaduhan semalam.Ini merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana pihak kami langsung tidak membalas segala maki hamun yang dilakukan oleh Jailani. Malah pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS dan DAP hanya berdiam diri sahaja.

Saya juga ingin memperbetulkan kenyataan pemuda Umno bahawa kami tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan kempen pendaftaran pemilih baru. Beberapa ahli kami yang bertugas semalam dilantik oleh SPR sebagai Penolong Pendaftar pemilih sementara mewakili parti-parti masing-masing. Malah kami mempunyai kad kuasa yang diberikan SPR sendiri.Selain itu tuduhan Setiausaha Pergerakan Pemuda Bukit Katil, Safrie Abdullah bahawa kami melancarkan kempen menambah keahlian parti adalah bohong dan berniat jahat.Seperti yang saya nyatakan dalam blog ini sebelum ini kempen tersebut bukannya untuk pendaftaran keahlian parti tetapi untuk pendaftaran pemilih baru. Tuduhan Safrie itu adalah berniat jahat dan tidak berasas sama sekali. Tidak ada sekeping pun borang keahlian parti yang kami bawa pada program tersebut.

Saya yakin bahawa tindakan pemuda Umno tersebut adalah kerana mereka cemburu dengan sambutan hangat rakyat yang datang mendaftar untuk menjadi pemilih berdaftar di mana dalam tempoh sebulan ini kira-kira 1,000 pengundi baru berjaya didaftarkan.Selain itu pemuda Umno juga mahu menunjukkan bahawa mereka berkuasa untuk melakukan apa sahaja walaupun bertentangan dengan undang-undang.

Saya berterima kasih kepada pihak Polis dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang bertindak secara professional walaupun dicaci oleh Pemuda Umno kerana tidak mengambil tindakan kepada kami yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

Tiada ulasan: