Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 8 Julai 2009

PRK MANEK URAI: YB MUSLIMAT TUNJUK BAKAT

Ketika Umno bertungkus lumus bagi meraih simpati pengundi di Manek Urai, sebaliknya anggota parlimen muslimat PAS mempamerkan bakat memasak.Ini setidak-tidaknya dapat meredakan ketegangan kempen yang kini semakin rancak.Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali mempamerkan bakat memasak nasi jagung yang diadakan di perkarangan Pasti Manek Urai Baru.

Wakil rakyat tersebut juga menyampaikan ceramah kesihatan mengenai penyakit H1N1."Statistik mangsa di Malaysia kini mencecah angka 400 orang kerana jangkitan yang cepat berlaku daripada manusia kepada manusia."Oleh kerana simptom demam H1N1 hampir sama dengan demam dan selesema biasa, sesiapa yang pergi ke tempat yang ramai orang digalakkan menutup muka dengan topeng," ujarnya.Menurutnya disebabkan kesukaran untuk membezakan demam, batuk dan selesema biasa dengan wabak H1N1 disarankan orang ramai yang mempunyai tanda-tanda demam tersebut segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

"Jika ada anak yang demam pun, jangan benarkan mereka ke sekolah sebaiknya, bawalah mereka ke klinik dengan segera, " katanya.Selain itu ibu bapa juga harus mengajar anak-anak cara membasuh tangan dan perlu sentiasa mengingatkan mereka agar mencuci tangan dengan bersih.Beliau turut menjelaskan mengenai penyakit kencing manis yang banyak dihadapi masyarakat di Kelantan. Oleh itu beliau menasihatkan rakyat di negeri ini mengubah gaya hidup supaya mengurangkan gula dalam masakan.

Program tersebut dimeriahkan dengan celoteh ahli-ahli Parlimen yang menunjukkan bakat memasak.Orang ramai yang hadir merasakan program 'Demonstrasi Nasi Jagung Sihat' akhirnya bertukar menjadi 'Nasi Jagung YB' memandangkan kesemua ahli Parlimen bergilir-gilir membantu menyiapkan hidangan tersebut.Program perkampungan ahli parlimen PAS bermula 6 Julai (semalam) dan akan berakhir esok.Manakala selepas ini Adun PAS Kelantan pula menganjurkan program bersama masyarakat setempat. Antara anggota parlimen yang hadir termasuk anggota Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Husin, anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai), Dr Mohd Hayati (Pendang), Salahudin Ayub (Kubang Kerian), Dato' Mahfuz Omar (Pokok sena), Dr Che Rosli Che Mat, (Hulu Langat).Selain itu Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan isteri calon,Aminah Mahmood.

Tiada ulasan: