Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 31 Ogos 2009

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN PAS KAWASAN JASIN


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh
Alhamdulillah marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T yang telah memanjangkan umur kita sehingga dapat kita bertemu dengan Ramadhan seterusnya dapat menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Hari kemerdekaan pada tahun jatuh dalam bulan Ramadhan di mana umat Islam menunaikan ibadat puasa seperti mana yang dituntut oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah .Alhamdulillah sambutan kemerdekaan pada tahun ini walaupun tidak disambut dengan meriah tetapi ia amat besar ertinya kepada pejuang-pejuang Islam khususnya ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat amnya.Di samping kita menyambut kemenangan dalam melawan hawa nafsu,kita juga menyambut kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir.Kemenangan ini sangat bermakna kerana di celah-celah tiadanya kerusi yang di menangi oleh PAS,maka YB Ustaz Salleh Man dengan sokongan Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Allahyarham Dato Hamdan.

Muslimin dan muslimat,ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat dan rakyat keseluruhannya,kemerdekaan seharusnya disambut dalam keadaan rakyat bebas dalam melaksanakan sesuatu selagi tidak melangar undang-undang Allah dan undang-undang negara.Oleh itu Akta Keselamatan Dalam Negeri yang masih dikekalkan sehingga hari ini tidak bertepatan dengan tuntutan kemerdekaan itu sendiri.Meskipun pada pandangan UMNO dan Barisan Nasional ianya amat penting dalam mengekalkan kuasa dan pengaruh politik mereka.Oleh yang demikian usaha ke arah memansuhkan akta tersebut haruslah diteruskan kerana ianya tidak memberi keadilan yang sepatutnya kepada mereka yang ditangkap dan dikurungkan tanpa bicara.

Sempena dengan hari kemerdekaan ini juga marilah kita memperkuatkan azam dan tekad dengan mengisi kemerdekaan ini dengan tuntutan dan kehendak Allah S.W.T.Bukanlah kemerdekaan itu bebeas dari belenggu penjajah tetapi bebas dari belenggu pemikiran sekular dan kebendaan.

Sekian,Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Takbir.

Sumber : Pas Chabau

Tiada ulasan: