Tindakan Kementerian Kesihatan menggalakkan orang ramai menjalani pemeriksaan kesihatan apabila menghidapi simptom selesema babi mendapat sambutan baik daripada masyarakat.
Bagaimanapun, situasi yang berlaku di Hospital Melaka (HM) amat mengecewakan apabila mereka yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan terpaksa beratur panjang dan berdiri lama serta berada di tempat kurang bersesuaian untuk menanti giliran.
Hamizah Abdul Hamid, 29, berkata, sewajarnya HM menyediakan tempat bersesuaian dan bukannya di tempat kecemasan iaitu ambulans keluar masuk.
“Apabila ambulans lalu, orang yang beratur ini terpaksa beralih, sedangkan mereka sudah beratur, berdiri lama menunggu giliran.
“Negeri ini mencatatkan bilangan mangsa selesema babi yang ramai dan sepatutnya sudah terdapat satu ruang khas, selesa untuk mereka menjalani pemeriksaan dan rawatan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Hafiz Razali, 27, berkata, mereka mengikuti arahan Kementerian Kesihatan demi mengelak wabak itu terus menular.
“Saya membawa tunang untuk melakukan pemeriksaan berikutan dia sudah demam tiga hari, tetapi malangnya mereka yang hendak menjalani pemeriksaan sahaja diberi topeng muka.
“Sedangkan kita tahu ia adalah bahaya kerana dalam ramai-ramai yang menjalani pemeriksaan, mungkin ada yang menghidapi wabak ini. Saya amat berharap, sediakanlah satu ruang yang selesa untuk mereka yang hendak menjalani pemeriksaan dan bukannya membiarkan beratur panjang, berdiri di kawasan yang kurang bersesuaian,” katanya.
Mohd Hazlan Muhamad, 37, berkata, keadaan yang berlaku di HM itu sepatutnya tidak berlaku.
“Pemeriksaan biarlah bersistematik dan menyediakan ruang selesa untuk mereka yang ingin menjalani pemeriksaan.
“Bayangkanlah terdapat ibu mengandung dan kanak-kanak terpaksa berdiri untuk beratur di kawasan kurang bersesuaian. Jangankan kerana keadaan ini, imej HM boleh jatuh sedangkan ia boleh diatasi,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan