Apa yang berlaku dalam BN hari ini umpama dikendung tak dapat yang dikejar berkeciciran. Itulah sibuk sangat jaga tepi kain orang sehingga tak sedar kain sendiri yang dipakai koyak rabak berlubang sini sana.
Secara terang-terang media pengampu dan penipu dimanipulasi untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat khususnya di antara PAS dan DAP. Dari isu pusat sembelihan babi di Kedah, isu penjualan arak di Selangor hinggalah isu pembinaan kuil di Seksyen 23 semuanya digembar-gemburkan secara tidak bertamadun.
Sebaliknya kerjasama dalam Pakatan Rakyat terus mantap dan utuh. Perbezaan pendapat dan salah faham sikit-sikit tu biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.Tetapi apa yang berlaku dalam BN bertambah haru biru dan mengharukan. Di Terangganu Umno bergaduh sesama sendiri. MCA bertambah kalut dengan perang antara Chua Soi Lek-Ong Tee Kiat.
MIC seperti tidak mahu ketinggalan dalam drama perpecahan di dalam BN apabila Samy Vellu bakal bertempur dengan calon timbalan presiden MIC S Subramaniam. Itu belum masuk perkelahian dalam PPP antara M. Murugiah K Kayveas.Kita tunggu apa lagi skrip dan babak yang seterusnya. Semua ini menjadi petanda yang cukup kuat gabungan yang dibangga oleh BN selama bakal menunggu masa untuk pecah berderai.
sumber: Angkasanuri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan