Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 1 September 2009

TIADA MAKNA PEMBANGUNAN BAGI ORANG MERLIMAU,CHINCHIN DAN RIM

Kerajaan Melaka telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta untuk membangunkan 18 pekan kecil di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata peruntukan itu untuk membina rumah kedai dan gerai di pekan kecil berkenaan bagi menggalakkan pembangunan di pekan itu di samping memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil membuka perniagaan.

Katanya antara pekan kecil yang dikenalpasti untuk pembangunan ialah Ayer Molek, Tanjung Keling, Simpang Ampat, Pulau Sebang, Lendu, Lubok China, Ramuan China Besar, Durian Tunggal, Melaka Pindah, Rumbia, Gadek dan Brisu.

"Pekan-pekan kecil itu dicadang dibangunkan oleh agensi awam termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan swasta", katanya kepada pemberita di sebelum berlepas ke Tanah Suci, Baru-baru ini.

Kata Mohd Ali lagi, kawasan-kawasan pekan kecil ini juga dilawati oleh para pelancong yang berkunjung ke negeri ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek Negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata kaedah diplomasi yang digunapakai untuk mendapatkan persetujuan membangunkan pekan-pekan kecil di seluruh negeri ini tidak berhasil.

Kata beliau, pihaknya sedang meneliti kawasan-kawasan baru yang bakal dibangunkan bagi menggantikan pekan-pekan kecil ini.

"Kita kini sudah masuk gear 2 di mana kita akan membuat pengambilan tanah, robohkan bangunan usang dan bina baru. Antara kawasan terlibat ialah Pekan Gadek, Pekan Nyalas, Pekan Pulau Sebang dan Pekan Selandar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kibar Jalur Gemilang dan Kempen Keselamatan Jalan Raya di hadapan stesen minyak Petronas, Pekan Alo Gajah, semalam.

Abdul Ghafaar memberitahu, kawasan lain yang bakal dibangunkan termasuk Pekan Sungai Rambai dan Pekan Lubok China.

Katanya, sebahagian pembangunan rumah-rumah kedai itu melibatkan kerjasama antara Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan swasta.

Mengulas beberapa projek terbengkalai di negeri ini, Abdul Ghafaar berkata proses pemulihan memakan masa kerana ia melibatkan prosedur undang-undang.

"Pulau Melaka misalnya tiada masalah. Kita sudah ambil balik untuk dimajukan, kontraktor pun sudah dilantik tetapi tidak boleh memulakan kerja kerana pihak liqudator mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk menunggu sehingga kes ini selesai," katanya.

Kata Abdul Ghafaar lagi, pihaknya telah merampas projek itu ekoran kegagalan pihak pemaju menjelaskan cukai tanah berjumlah RM800,000 dan kini ia sudah melonjak kepada enam kali ganda.

"Kita sudah meminta Penasihat Undang-Undang Negeri supaya menyelesaikan kes-kes projek terbengkalai yang dibicarakan di mahkamah bagi membolehkan proses pemulihan projek berjalan lancar," ujar Abdul Ghafaar.

Sumber : Melakahariini

Tiada ulasan: