Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 Disember 2009

Isu Biro Tata Negara :Ku Li Syorkan dihapuskan


KUALA LUMPUR, 8 Dis [9.00 pm] - Program Biro Tata Negara (BTN) hanya membazirkan wang rakyat, demikan diberitahu oleh pemimpin UMNO yang sangat dihormati, Tengku Razaleigh Hamzah (foto). Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan program BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal. "Saya diserang bertubi-tubi dalam seminar, perbincangan semasa mengikuti BTN. Mereka cakap pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Hari Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu di sini hari ini. Ku Li menjadi mangsa kempen kotor dan jahat semasa beliau mengetuai barisan pembangkang apabila mengetuai parti Semangat 46 yang mewujudkan Perpaduan Ummah bersama PAS. BTN, yang dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, menganjurkan kursus berkenaan yang wajib disertai oleh kakitangan kerajaan dan penuntut universiti. Kursus berkenaan mendapat kritikan sama ada daripada pemimpin Pakatan Rakyat mahupun kerajaan. “Ia sepatutnya ditutup kerana kursus itu hanya menanam kebencian dan menghentam mereka yang menentang kerajaan dengan kempen-kempen berbau perkauman dan fitnah,” katanya. Kekecuhan isu BTN ini memuncak apabila, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang kakitangannya dan pelajar tajaan mereka daripada menyertai kursus ini bulan lalu. Beberapa hari selepas itu Kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama manakala Kelantan dan Kedah sedang menimbangkannya untuk mengambil keputusan yang sama.

[Sebagai orang lama dalam kerajaan, sudah pasti kenyataan Ku Li ini adalah ikhlas dan ada rasionalnya. Malah, beliau sendiri tahu dan yakin bahawa BTN tidak lebih daripada propaganda UMNO dan BN untuk memesongkan minda rakyat supaya terus menyokong mereka, biarpun banyak perbuatan serta tindakan yang jelas menyalahi peraturan sebenarnya. 
 
Malah, apa yang disuarakan oleh Ku Li ini, jelas sekali menempelak kenyataan yang telah dibuat oleh "Menteri Kanan UMNO" Mahathir Mohamad sebelum ini. Nampaknya, dalam UMNO sendiri mereka bertelagah tentang isu BTN ini, apatah lagi buat rakyat. Kita masih menantikan kenyataan dibuat oleh parti bukan Melayu dalam komponen Barisan Nasional. Apakah mereka juga bersetuju agar BTN diteruskan, atau sebaliknya?. Pasti ia akan menambahkan lagi betapa kontroversinya program ini nanti. Apapun, teruskan usaha hapuskan BTN !!].

Tiada ulasan: