Kerajaan Negeri akan membina “Kapal Raja Melaka” berhampiran Dataran Sungai Melaka sebagai produk pelancongan terbaru di negeri bersejarah ini. Replika Kapal Raja Melaka bakal dibina itu merupakan sebuah senibina kapal Diraja yang digunakan semasa zaman pemerintahan Kesultanan Mansor Syah kurun ke-15.
Pembinaan kapal tersebut mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan sepenuhnya dengan kos RM4.9 juta. Kapal tersebut mempunyai tiga tingkat dengan ketinggian 46 meter meliputi keluasan seluas 120 x 26 meter persegi.
Kapal Raja Melaka apabila beroperasi nanti, turut dilengkapi dengan pusat promosi kayu-kayan yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung menaikkan imej serta memperkasakan Senibina Maritim tempatan dan juga menunjukkan kehebatan kayu-kayan yang terdapat di negara ini.
Kapal ini dapat menampung seramai 150 pengunjung dalam satu-satu masa dan kita mensasarkan seramai 360,000 pelancong setahun yang akan mengunjungi kapal tersebut. Ini menjadi ikon baru bagi menarik tumpuan pelancong untuk datang ke Melaka, sekaligus menceritakan tentang sejarah keagungan Kesultanan Melayu Melaka ketika belayar dari Melaka ke negeri China dan mengadakan hubungan diplomatik dasar luar dengan Maharaja China pada ketika itu.
Rakyat negeri ini harus berbangga kerana negara luar tidak mempunyai produk pelancongan seperti ini. Kita mengingatkan kehebatan Melaka pada masa lampau.
KEGEMILANGAN BERULANG KEMBALI.
KOMEN Jebat : Dulu ade orang mengaku keturunan sultan melaka ditolak ..sekarang nie harta sultan melaka nak dibuat macam harta sendiri. Cammana tu ??
KOMEN Jebat : Dulu ade orang mengaku keturunan sultan melaka ditolak ..sekarang nie harta sultan melaka nak dibuat macam harta sendiri. Cammana tu ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan