Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 27 Februari 2009

RAKYAT MESTI SOKONG GMP MANSUHKAN PPSMI - DATO' PROF DR NIK SAFIAH

Simpang Kemendor : Pakar dan Pejuang Bahasa, Dato’ Professor Dr Nik Safiah Karim menggesa rakyat Malaysia terutama orang Melayu bangkit menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang sedang berjuang untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalan Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata demikian pada roadshow GMP di Dataran Hamas, Simpang Kemendor, Jasin malam tadi.

Menurut Dr Nik Safiah terdapat 3 sebab utama mengapa PPSMI mesti dimansuhkan pelaksanaannya. Pertama, dasar ini menganaktirikan rakyat yang berpendapatan rendah terutama yang tinggal di luar Bandar yang tidak mampu untuk menghantar anaknya tuisyen bagi mengatasi kelemahan mereka dalam subjek Sains dan Matematik akibat diajar dalam Bahasa Inggeris.

“Subjek Matematik dan Sains memang subjek yang susah untuk difahami apatah lagi diajar dalam BI, jadi bagi yang berada mereka boleh menghantar anak tuisyen bagaimana dengan yang miskin” soal beliau.

Alasan kedua menurutnya ialah PPSMI ini dijalankan dengan tidak ada alas an yang kukuh dan kajian yang terperinci. UNESCO sendiri telah menjalankan kajian tentang penggunaan bahasa untuk subjek teras dan penting seperti Sains dan Matematik. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa subjek-subjek ini lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelajar jika ianya diajar dalam bahasa ibunda.

“Sebab itu kita lihat pelajar-pelajar dari Jerman, Korea, Perancis dan Jepun mencapai keputusan cemerlang dalam kedua-dua subjek ini kerana ianya diajar dalam bahasa ibunda. Selain itu di Indonesia subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda seperti Sunda dan Jawa sehingga darjah 3 dan selepas itu baru ianya diajar dalam Bahasa Indonesia”.

“Malangnya kita di Malaysia, fakta ini diketepikan begitu sahaja dan Bahasa Inggeris pula yang digunakan, yang akhirnya anak-anak kita menjadi mangsa” tegas Nik Safiah.

Nik Safiah juga menegaskan bahawa dasar PPSMI juga tidak betul kerana alasannya pelaksanaannya tidak jelas. Pelaksanaannya adalah hasil kerisauan pimpinan Negara yang takut anak-anak mereka tidak mahir berbahasa Inggeris. Jadi bagi mengatasi masalah itu PPSMI dilaksanakan.

“Tan Sri Ainuddin Wahid pernah berkata bahawa pelaksanaan PPSMI ibarat seorang doctor yang tersalah memberi ubat kepada pesakit, sehingga pesakit akhirnya semakin teruk sakitnya” kata NIk Safiah.

Beliau secara jelas membuat kesimpulan bahawa sudah sampai masanya rakyat bangkit untuk menentang penerusan PPSMI ini kerana terbukti jika ia terus dilaksanakan lambat laun Bahasa Melayu akan berkubur dan akan menjadi bahan pameran di muzium.

Oleh itu menurutnya rakyat mesti bersama-sama turun untuk berarak secara aman untuk menyerahkan memo membantah pelaksanaan PPSMI kepada Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac depan.

Turut berceramah pada program tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari; Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak, Suriya Narayanan; Penyair Dinsman dan Naib Presiden PKPIM Faisal Abdul Aziz.

Selain itu Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut hadir.

GURU BESAR HALANG GURU-GURU HADIR KE ROAD SHOW GMP

KESAL PENGETUA, GURU BESAR HALANG GURU-GURU HADIR ROAD SHOW GMP ~ Ref Malaysiakini

Jasin : Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka, Mejar (B) Haji Jasme Tompang kesal dengan tindakan Guru Besar dan Pengetua beberapa buah sekolah di Jasin yang menghalang warga pendidik dari menghadiri 'Road Show' Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) malam tadi.

Jasme hairan mengapa mereka menghalang warga pendidik menghadiri program penting bagi menerangkan implikasi dan akibat pelaksanaan PPSMI.

"Sepatutnya warga pendidik digalakkan menghadirinya bukan dihalang, inilah sikap tidak cerdik yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru besar".
Selain itu menurutnya tindakan guru besar dan pengetua sekolah ini jelas menghina dan merendah-rendahkan martabat guru sehingga mereka dikongkong.

"Guru-guru sudah tentu mempunyai daya keintelektualan yang tinggi jadi mereka sudah pasti boleh memikirkan yang mana baik dan buruk, mereka sudah boleh menilaikan apakah fakta yang diperkatakan oleh GMP ini betul atau sebaliknya".

"Tidak perlulah mereka dikongkong dan diperbodohkan sebegini" kata Jasme yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Difahamkan terdapat guru besar yang membuat surat akujanji supaya guru-guru sekolah terbabit tidak hadir pada 'Road Show' malam tadi.

PAS Kawasan Jasin selaku penganjur bersama GMP telah menghantar surat jemputan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan semua sekolah-sekolah di daerah Jasin supaya menghadiri program malam tadi. Namun tiada jawapan rasmi diterima.

Laman web Pejabat Pelajaran Daerah Jasin sebaliknya memuatkan 'statement' bahawa mereka tidak bertanggungjawab warga pendidik yang hadir pada program.

SUMBER : mutaligat

LAGI MASALAH KHIR TOYO YANG DI BONGKAR - Malaysiakini

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini menggali satu persatu 'kesalahan' menteri besar terdahulu Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Kali ini, Dr Mohd Khir didakwa mendapat faedah dan imbuhan selaku pengerusi PNSB sebelum itu – termasuk kemudahan kereta berjenama Toyota Harrier, bersama pemandu – tetapi perkara itu didakwa gagal diisytiharkan kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).

“Sekumpulan penasihat lantikan Perbadanan Menteri Besar (MBI) kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini, Dr Mohd Khir pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006.

“Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang taksiran (EA) yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini,” kata kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor hari ini.

Kenyataan itu juga mendakwa, PNSB turut menanggung penggunaan petrol dan penyenggaraan kereta Toyota tersebut.

“Sehubungan itu, MBI hari ini mengarahkan PNSB menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada LHDN,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, Abdul Khalid, yang juga pengerusi MBI dan PNSB berpendapat, langkah tersebut dilakukan bagi memastikan GLC Selangor tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Implikasi kewangan

Pejabat menteri besar juga mendedahkan, selama beberapa tahun, PNSB memberikan kemudahan kepada kakitangannya – termasuk pengerusi dan ahli lembaga pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut.

Kemudahan itu termasuk kereta dan pemandu serta percutian dalam dan luar negara, tambah kenyataan itu.

“Menteri besar menyedari keprihatinan kakitangan PNSB terhadap implikasi kewangan akibat pengurusannya gagal mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA.

“Beliau meminta kakitangan PNSB bersabar sementara menunggu tindakan LHDN mengenakan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan,” kata kenyataan tersebut.

Semalam, Abdul Khalid berkata, lembaga pengarah PNSB sekarang mendapati terdapat kepincangan dalam pembelian hartanah 'Al Marwa Tower Makkah' di bawah nama menteri besar ketika itu, Dr Mohd Khir - yang dibangkitkan oleh auditor luar.

Abdul Khalid juga mendakwa pembelian 12 unit pangsapuri itu melibatkan transaksi RM25 juta, sedangkan lembaga pengarah didakwa hanya meluluskan kira-kira RM8 juta untuk membeli lima unit tersebut.

Angkatan Muda PKR petang semalam – diringi seekor lembu – turut memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) di Shah Alam di samping menyerahkan semula 20 aduan lama terhadap Dr Mohd Khir yang didakwa tidak disiasat secara profesional oleh suruhanjaya itu.

Khamis, 26 Februari 2009

UMNO DAH KEBAR BENDERA PUTIH TERBESAR DI DUNIA - Malaysiakini

Sekarang ni terpulang kepada MB Selangor 100%, Sultan tak mahu masuk campur, sama ada nak terima atau tolak perletakan jawatan ADUNnya.

Tapi, belum pun keluar siaran akhbar dari istana, media milik umno dah keluar beberapa siaran akhbarnya berkaitan dengan kes DUN N 37 ni, kerana berita Sultan tidak dapat memberi nasihat tu diketahui jam 10.44 pagi 25 hb Febuari 2009, sedangkan suratkhabar tu telah berada di pasaran jam 12.01 tengah malam 24 hb Febuari 2009, samada di kedai-kedai buku atau dalam talian secara ’online’

Sangat menarik untuk disorot apa yang tersirat di dalamnya.

Salah satu artikelnya bertajuk

Usah direbut Bukit Lanjan, biarkanlah !!!

Kalau dapat dipetik sikit apa yang ditulis tu

” Kononnya digembar-gemburkan bahawa media arus perdanalah yang mula-mula sekali menerima 'gambar-gambar itu'. Namun yang sebenarnya, semasa 'berita panas' itu tersebar, masing-masing rakan-rakan tertanya-tanya adakah gambar itu? Tiada siapa yang ada - Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The Star - masing-masing mencari gambar itu semasa ia mula tersebar ”.

” Kalangan ahli-ahli PKR terus menyalahkan media arus perdana kononnya mereka yang memulakan penyebaran ini. Mereka mahu menunjukkan bahawa media arus perdana itu mempunyai agenda jahat. Itu biasalah. Sering kali akhbar arus perdanalah yang dijadikan kambing hitam ”

” Bukan sahaja media yang dituduh, BN turut dituduh berkonspirasi kerana mahu menjatuhkan kerajaan Selangor. Walaupun, pelbagai pihak di pihak BN menafikannya, tuduhan demi tuduhan tetap disebarkan ”

Penafian ini boleh lah diumpamakan seperti tetamu yang datang ke rumah kita, maka sebagai tuan rumah kita pun menghidangkan ’teh tarik tongkat ali’ dalam bekas tong taik.

Kata penulis itu lagi, yang merupakan lidah rasmi umno

Melihatkan atas kertas, sukar untuk BN menang di Bukit Lanjan.

Saya berpendapat, biarlah BN tumpukan sepenuh perhatian di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sahaja.

Sekiranya Elizabeth - memutuskan mahu mengosongkan juga kerusi itu - syor radikal saya ialah biarkanlah.

BN tidak perlu bertanding. Saya yakin akan ada calon Bebas yang akan bertanding menentang mana-mana calon PKR itu. Ini bukan soal takut atau berani. Banyak cara lain untuk menunjukkan keberanian.

Tunjukkan kepada masyarakat umum dan pengikutnya bahawa isu moral itu adalah benar dan tiada konspirasi politik itu juga adalah benar.

Yang lebih utama biar rakyat menilai sendiri bahawa itulah kualiti sebenar wakil rakyat yang ada - dalam pakatan tersebut.

Jangan tunjuk yang BN bergelut sangat mahukan kerusi itu.

Manakala tajuk kedua pulak berbunyi

Bukit Lanjan Pertarungan Politik Yang Patut Dielakkan?

Dipetik sikit di sini apa yang ditulis dalam tajuk di atas tu,,,

” Pilihan raya kecil di Bukit Lanjan? Pemimpin dan jentera pilihan raya politik kerajaan dan pembangkang sama-sama memberikan isyarat yang mereka kurang cenderung untuk pertarungan itu ”

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mendapatkan nasihat baginda mengenai tawaran anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong untuk meletakkan jawatan sebagai anggota majlis kerajaan negeri dan wakil rakyat Bukit Lanjan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin parti dari Barisan Nasional (BN) dan pakatan PKR-DAP-PAS semasa ditemui Bernama menyatakan lebih suka jika pilihan raya kecil tidak diadakan di kawasan itu.

Catatan
Oleh kerana kedua-dua media ini adalah lidah rasmi parti umno, suaranya adalah nafas umno. Apa yang dikeluarkan adalah menggambarkan pendirian parti itu.

Cuma yang menariknya kenapa cepat sangat nak naikkan bendera putih terbesar di dunia . Minggu lepas Prof lalu kat Plaza Tol Bukit Lanjan, Plaza Tol Sungai Buloh belum Nampak lagi bendera tu. Kalau ada teman-teman yang ternampak tolong posting kan ke TKO ni

Adakah umno takut untuk menghadapi pilihan rakyat sekali lagi di PRK N 37, sekiranya diadakan ? Umno tidak sepatutnya menarik diri dari meletakkan calon sekiranya dibubarkan DUN n 37, ekoran dan sekiranya MB menerima perletakan jawatan ADUN nya bagi kedua-dua jawatan EXCO dan ADUN.

Kata orang, belum cuba belum tahu. Ini lah masa untuk umno mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, dan bersedia menghadapi rakyat pada bila-bila masa tanpa perlu merasa takut atau was-was dengan pendirian rakyat.

PERALIHAN KUASA BULAN MAC BAKAL MERANAPKAN UMNO - Malaysiakini

Program Hujah terbitan TV 9 jam 9.30 malam ini, menampilkan dua orang calon Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Rahim Thamby Chik, banyak membincang perubahan yang bakal dilakukan oleh UMNO sempena transformasi kepimpinan UMNO dalam Pemilihan Agong UMNO pada bulan Mac ini.

Menurut Pengarah Penyelidikan & Kajian Strategik PERMASIS, Wan Afifi Wan Zainudin, pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang bakal menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) disebabkan pemikiran pemimpin-pemimpinnya gagal diterjemah untuk semua kaum dalam membahagi-bahagi khazanah dan kekayaan negara berlandaskan konsep keadilan untuk semua.

“Corak dan gaya penghujahan dua orang calon tersebut jelaskan menggambarkan dasar dan idealisme kepimpinan UMNO masih tidak berubah.”

“Mereka masih belum sedar, rakyat menolak kerajaan BN bukan disebabkan tidak ada kemajuan dan pembangunan, tapi dasar perjuangannya yang tidak merakyat dan hanya untuk kaum-kaum tertentu sahaja,” jelasnya.

Beliau juga turut menjelaskan, dunia hari ini mengalami satu revolusi pemikiran dan mahukan perubahan dengan tidak lagi berpegang kepada satu ideologi kepartian politik perkauman yang sempit.

“Ideologi nasionalisme yang melampau sehingga menafikan hak-hak orang lain dan menjaga kroni-kroninya sahaja telah membuatkan rakyat Malaysia bersatu hati menolak kerajaan BN.”

“Apa yang lebih penting adalah bersama membangunkan negara serta memberikan keadilan kepada rakyat. Kenyataan yang cukup mengguriskan hati rakyat adalah ideologi ultramelayu serta konsep ketuanan Melayu yang masih menebal di kalangan pemimpin UMNO, ” tambahnya lagi.

Perbincangan malam ini turut menyentuh kepentingan generasi muda kepada UMNO sebagai barisan pelapis kepimpinannya, telah menolak kerajaan BN dalam PRU ke-12 yang lepas.

“Kedua-dua panel bersetuju kepentingan generasi muda kepada UMNO. Malangnya, Tan Sri Rahim terang-terangan banyak menyalahkan generasi muda yang tidak patriotik dan nasionalistik walaupun mendapat pendidikan di peringkat tinggi.”

“Sedangkan generasi muda hari ini lebih banyak melihat kepada nilai-nilai yang berbentuk sejagat, yang mampu menyatukan bangsa yang berbilang kaum di Malaysia. Umum pun mengetahui sejarah latar belakang kedua-dua calon tersebut. Seorangnya pernah terlibat dalam salah laku seks sehingga membuntingkan anak dara orang, seorang lagi menggunakan kuasanya untuk menahan orang tanpa dibicarakan di bawah ISA. So mana nilai integriti dan kredibiliti pemimpin UMNOnya?” tegasnya lagi.

Selain itu, pembincangan malam tadi turut menyentuh beberapa isu lain antaranya Dasar Ekonomi Baru, rampasan kuasa di Perak, Akta Tahanan Tanpa Bicara (ISA), kenaikkan harga barang serta pakej ransangan ekonomi sebanyak RM 7 billion.

BLOGGER DI TAWAR RM 5 JUTA - Malaysiakini

Oleh : Hijat Panjang

Semalam..dalam perjalanan ke Grik dari Ipoh, sebaik saja keluar dari tol Kuala Kangsar, ada sebuah Wira putih plet Wilayah Persekutuan ikut aku. Aku dengan Sya-reformis nak pergi majlis Nizar di Grik, dan aku bagi tau Sya… “ada SB ikut kita!”.

Sampai kat R&R Selat Pagar, aku berhenti untuk pekena kopi O, dan Wira putih pun berhenti juga, tapi di gerai berlainan. Sya dah pucat…terus dia call member kat Grik…”kalau kami tak sampai, cari kat balai polis berhampiran. Belum sempat kopi O aku sampai, sebuah Toyota Hilux warna hitam berhenti kat gerai dimana aku duduk. Seorang lelaki Melayu, dan seorang lelaki Cina dan seorang perempuan Cina. Kalau tengok cara..lelaki dan perempuan Cina tu macam suami isteri, dan lelaki Melayu tu nampak macam derebar.

Depa terus datang kat meja kami, dan lelaki Melayu tu terus menghulur tangan untuk bersalam…”Assalamualaikum Tuan MSK! Saya Fauzi.” Fuiyo!..tak sangka kat tempat tersorok ni pun aku ada peminat!

Dia pun memperkenalkan aku dan Sya kepada ‘pasangan suami isteri’ Cina tu. “..This is Mr. MSK, orang kuat DSAI…and this is Sya-reformis, orang kuat Datin Seri Fatimah! “

“And this is Mr. Wong.” Dia perkenalkan aku kat lelaki Cina tu.

Pulak dah!! Anwar pun tak kenai aku! Tapi dah banyak kali aku dengar cerita macam ni…dan bila dia cakap macam tu, aku dah boleh agak…dia ni broker. Paling kurang broker pasir atau kuari.

“Bukan Tengku Wong ka?” saja aku nak melawak…tapi muka lelaki Cina tu berubah.

Aku tak jemput pun..tapi depa terus duduk semeja dengan kami.

“Macam mana dengan perkembangan Perak?” Soalan macam ni paling kurang sepuluh SMS aku terima setiap hari..macam mana aku nak jawab?

Banyak soalan yang dia tanya..tapi itu semua pembuka mulut. Tiba-tiba dia tanya..”Tuan boleh arrange jumpa dengan DSAI tak?”

“kalau pasai balak..tak dak chance la..tapi kalau pasai katak, no problem” saja aku nak melawak.

“Exactly! “ kata Mr. Wong. “You get us to see DSAI, we’ll give you your share.” Whoa!! Ini sudah serius maa!

“I need to know the real story…otherwise it’s hard to convince Anwar.” Aku jawab.

“You see aaa…Jamal and Osman want to come back to PKR, Hee and Dato’ will resign soon. This time Umno sure bungkus one.” Kata Mr. Wong.

“How can? You think these four katak dare to make Sultan angry ka? These people got no ball one.”

“Haiya!! You know aa? Hj. Osman already make contact with Jamaludin, and Hj. Osman already talked to Azmin. Azmin already talk to Anwar. But Anwar got very angry with Azmin and Hj. Osman.”

“Why?”

“Because these people la…Perak fell to Umno!” kata Mr. Wong. “You see aaa..since Umno take over…you see Hj. Osman in Perak aaa? He dare not come one! He come for PKR meeting only,…after that he cabut back to KL.”

“So?”

“Like this la…if you can take us to see Anwar..and Anwar ready to take Jamaludin and Osman back to PKR aaa..you got 5 million. After that you can retire, nobody know!”

Cakap pasai juta-juta ni..dah banyak kali aku kena kencing… “How can I trust you?” aku tanya Mr. Wong.

“I can take you and see Jamal and Osman. You can talk to them.” Mr. Wong bagi tau aku.

“Where are they now?” aku tanya.

“Jamal and Osman ada di Pejabat Umno Ipoh. Hee and Dato Nasa ada kat Casuarina” jawab Fauzi, broker Melayu.

“This is crazy!” aku kata. “Tak kan Umno nak diam..kalau depa tau benda ni!”

“Umno tau!” jawab Fauzi.” Tapi depa pun dah blurr…tiga hari lepas, depa jumpa Sultan, mintak ambil tindakan terhadap Nizar dan Speaker, tapi Sultan Azlan tak mau. Sultan kata…beyond his jurisdiction. So…tu pasal depa pi London..cari QC. Tapi apa yang depa buat, backfire! Sultan marah depa balik.”

“dah tu?”

“That’s the problem..Sultan tak mau buat apa-apa lagi, and Anwar tak mau terima Jamal dan Osman.”

“Why not?” aku tanya.

“Anwar got very angry…he said aaa..Jamal and Os must resign first. If he take back the two of them, people will fire him. But Jamal and Os cannot resign just like that la…”

“You think Anwar want to pay them?”

“No need one!! We will settle all that. What we want aaa…Anwar just accept Jamal and Osman back to PKR..then they resign..so people will not angry with them maaa. Now aaa…they want to go back and see their children pun cannot, you know!”

“Like this la Mr. Wong. Anwar will never answer my phone…I’ll try to talk to Kak Wan. But I can’t promise la.”

“Don’t worry…if Anwar can accept aaa….you got your share.”
Lepas tu, dari R&R Selat Pagar sampai Grik, kereta Wira putih hilang entah kemana.

- sumber dari PerakExpress

CERAMAH BANTAHAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

Semua dijemput hadir ke Ceramah PPSMI malam ini di :-

Tarikh : 26 Feb 2009
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dataran Hamas
Penceramah :
Hj Mohd Sabu ( Naib Presiden PAS )
Prof Dato Dr Nik Safiah Nik Karim
Mohd Faisal Abd Aziz

semua dijemput hadir

Rabu, 25 Februari 2009

ISU PERAK : INILAH KES YANG BN PURA-PURA NUAT TAK TAHU - Malaysiakini

Oleh : Setiausaha Politik Hj Nizar

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.

Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.

Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.

Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

DENGAR SAMAN NIZAR : ARIF PUTUSKAN TARIK DIRI ATAU TIDAK HARI INI !! - Malaysiakini

PESURUHJAYA Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof akan memutuskan Rabu ini sama ada beliau patut menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Mohamad Ariff berkata beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Mohamad Ariff harus memutuskan semakan kehakiman yang dipohon oleh Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak. Hari ini, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undang-undang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya. Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik. Beliau juga berkata tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

"Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan," katanya."Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman," kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.

Peguam Nga Hock Cheh, juga bagi Nizar, menukar topik hujahan apabila tibatiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi: "Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Adun, ada Adun lompat parti, memang tidak berprinsip dan berintegriti, cara BN rampas kuasa cabul demokrasi," katanya.

Peguam pemerhati bagi UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, membantah dengan menyebut prosiding harus bertumpukan kepada isu undang-undang dan bukan sebarang agenda politik. Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat undang-undang negeri Perak, Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi Zambry

SIASATAN KEATAS SPEAKER V SIVAKUMAR DIBATALKAN SERTA MERTA - Malaysiakini

Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Satu lagi kegagalan institusi

Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam blog beliau www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasaa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.

http://politikbanjar.blogspot.com

APA ISU SEBENAR DI PERAK ? - Malaysiakini

Oleh : CyberBoron

Di atas kertas, kerajaan negeri Perak telah bertukar daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. Saman DS Nizar di mahkamah tinggi baru bermula. Speaker V Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN telah memutuskan penggantungan Dato' Dr. Zambry dan enam Exco pilihannya. Lapan belas dan dua belas bulan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN.

Pemuda UMNO telah membuat laporan Polis dan laporan kepada SPRM menuntut supaya Speaker disiasat kerana salahguna kuasa. DS Nizar sudah berangkat meninggalkan kediaman rasmi MB manakala Dato' Dr. Zambry telah pun masuk pejabat MB dan selesai mengadakan mesyuarat Exco kali pertama. Judicial review terhadap keputusan aneh SPR menolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering masih di mahkamah untuk tempoh yang tak dapat nak dijangka.

Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian sebagai Kerajaan Negeri Perak yang sah. Dato' Dr. Zambry juga berulangkali menyebut bahawa perlantikannya sebagai MB oleh DYMM Sultan adalah sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Kini ada dua Menteri Besar Perak dalam satu masa. Logiknya, keadaan itu memang tak logik.

Kumpulan awal sembilan demostran Kuala Kangsar telah ditangkap, direman, dan diikat jamin sementara menunggu sebutan kes dan perbicaraan di mahkamah. Kumpulan kedua menyusul seramai tiga orang. Ditangkap di rumah masing-masing, direman dan diikat jamin. Sebutan kes yang dijadualkan pada 20 Februari telah ditangguhkan ke 20 Mac kerana pendakwa masih belum menyerahkan fail pendakwaan ke mahkamah. Dua aktivis PKR dan dua orang bloggers ditangkap dan akan didakwa di bawah akta mesin cetak.

Lebih seratus laporan polis dibuat di seluruh negara oleh UMNO dan persatuan Melayu yang bercirikan UMNO menuntut siasatan dan tindakan pihak berkuasa ke atas DS Nizar, Karpal Singh dan beberapa nama di pihak Pakatan Rakyat kerana menderhaka dan menghina Sultan Perak. Demostrasi halal juga diadakan di merata tempat oleh UMNO dan persatuan yang ada kaitan dengan UMNO, berlatarkan pembelaan hak dan ketuanan Melayu serta Kedaulatan Raja-Raja.

Pemimpin Pakatan Rakyat turun padang hampir setiap hari bertemu orang ramai dan memberikan penerangan tentang isu ini. Istilah rampasan kuasa, kerajaan kudeta, coup de'tat, konspirasi Najib dan bermacam-macam istilah lain berkumandang saban hari. Beberapa nama tiba-tiba menjadi popular termasuk Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim (SUK), Dato' Ahmad Kamal Md Shahid (Penasihat Undang-Undang Negeri), Dato' Seri Panglima Mohd Annuar Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) dan Dato' Abd Rahim Mohamad Nor (Setiausaha Sulit DYMM Sultan). Empat nama besar ini dikaitkan sebagai penggerak utama konspirasi rampasan kuasa arahan Najib dan Zahid.

TV, radio dan akhbar perdana yang dikuasai UMNO riuh rendah memainkan isu ini dengan gegak gempita yang memang diramalkan. DS Anwar diperlecehkan dengan misi 916 yang bertukar arah. Karpal pengkhianat negara. DS Nizar penderhaka Raja. Pakatan Rakyat menuju kehancuran. Rakyat telah sedar dan bergerak kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Bukit Selambau dan Bukit Gantang menghangatkan suasana, diikuti Bukit Lanjan yang tiba-tiba muncul menambah luka kepada episod duka. SPRM tumpang sekaki mengintai populariti untuk anugerah taat setia kepada UMNO dengan kes Tan Sri Khalid Ibrahim. Tiga kontena fail kes Khir Toyo hilang dicuri toyol. Selang sehari menyusul kisah yang lebih bogel daripada Elizabeth Wong apabila anakanda kepada Pesuruhjaya SPRM ditangkap di Australia kerana koleksi bahan lucah kanak-kanak bawah umur. Drama ini jadi semakin 'heavy'.

Berbalik kepada krisis di Perak, apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat? Besar sangatkah isunya? Berat sangatkah kesnya? Rumit sangatkah krisisnya?

Sebenarnya ini hanyalah fenomena biasa di pentas politik. Gelombang yang lebih besar pernah berlaku sebelum ini seperti Tragedi 13 Mei serta krisis perlembagaan 1983 dan 1993 yang menelanjang dan menghenyak Raja-Raja. Kemudian berlaku ledakan reformasi menyusuli pemecatan DS Anwar daripada kerajaan dan UMNO. Cuma kes bagi krisis terbaru ini adalah kali pertama dalam sejarah Perak. Mungkin kerana itu rakyat merasakannya sebagai suatu yang sangat besar.

Sebagaimana Pakatan Rakyat mahu menumbangkan BN, begitulah juga BN, sentiasa mencari peluang dan kesempatan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat. Sementelah BN ada senjata yang lebih baik dan lebih banyak untuk menyakiti PR, maka lebih mudahlah misi mereka. Pakatan Rakyat negeri Perak hanya ada seorang MB dan 10 Exco bersama dua setiausaha MB dan dua belas pegawai khas MB/Exco. Dalam kerajaan itu UMNO ada Dato' SUK, Dato' LA, Dato' SU Sulit Sultan, Dato' Panglima Annuar Zaini, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan dan sebahagian besar DO yang bertuankan Barisan Nasional. UMNO juga ada TV, radio dan akhbar harian yang taat setia 24 jam 365 hari setahun melaksanakan segala kehendak dan cita-cita politik mereka. UMNO juga ada Polis, SB, BTN, JASA, KEMAS, FRU, SPR, SPRM dan semua jentera pelaksana/penguatkuasa yang gerak mereka berpada hanya dengan satu petikan jari pemimpin UMNO. Itulah realiti politik Malaysia. Pakatan Rakyat umpama pasukan bolasepak Sekolah Kebangsaan Pangkor yang nak bertarung dengan Manchester United FC.

Isunya cuma BN mahu ambil alih kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. By hook or by crook matlamat itu mesti dicapai. Apa jua peluang yang terbuka mesti dimanfaatkan. Kesempatan yang datang tidak harus dilepaskan. Tajol telah usahakan di peringkat awal selepas PRU12 tetapi gagal. Waktu itu Harussani sudah berperanan namun PAS gagal dipujuk. Wang berjuta tidak dipandang oleh YB Pakatan Rakyat.

Pada 20 Ogos 2008, SPRM (ketika itu masih BPR) berjaya melaksanakan tugas memerangkap dua Exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak melalui petugas veteran yang bernama Imran. Kejayaan itu adalah aset besar BN untuk meneruskan misi mengambil alih kuasa. Ugutan dan tawaran bersilih ganti datang kepada dua Exco itu. Kalau tak sokong BN, mereka akan disabitkan bersalah di mahkamah dan hilang segala-galanya. Kalau mahu ikut BN, kes mahkamah boleh dirunding penyelesaiannya. Dalam kes bunuh Altantuya, Razak Baginda lagi boleh dibebaskan tanpa bicara, inikan pula kes kecil terima rasuah yang tidak diminta. Selajutnya, Jamaludin dan Osman cuma perlu buka akaun bank di Singapura atau di mana saja asalkan luar negara. Beres.

SPRM telah berjaya menukarkan nisbah kerusi DUN antara BN dan PR daripada 28:31 kepada 30:29. Kedudukan itu sudah cukup untuk BN membentuk kerajaan dengan kelebihan satu kerusi, namun keadaan akan lebih selesa jika kelebihan kerusi itu ditambah satu atau dua lagi. Hee Yit Foong telah menyediakan dirinya untuk jadi sasaran BN sejak awal lagi apabila dia memprotes partinya dalam banyak perkara, daripada tuntutan kerusi exco untuk wanita hingga kepada isu Camry yang tidak diperuntukkan kepada Timbalan Speaker. Kisah pertembungan pendapat yang berlarutan antara Hee dengan Ngeh menambahkan leleh liur BN terhadap OKU itu. BN tidak pernah berhenti mengasak dengan pujuk dan ancam.

Hee menukar nisbah kerusi DUN Perak kepada (BN)31:28(PR) dalam senyap dan tersembunyi. Ngeh dan Nga berjaya diyakinkan bahawa Hee tidak hilang seperti yang dihebohkan. Telefon tak diangkat hanya kerana Hee terlupa membawanya ketika keluar rumah menziarahi kakaknya. Hee tetap bersama DAP! Begitulah skrip mantap yang dibangunkan oleh BN.

Dalam riuh rendah misteri kehilangan tiga ADUN itu, tiba-tiba Dato' Nasa Bota muncul mengejut masuk PKR. Kedudukan kembali (BN)30:29(PR). Guruh yang berdentum di langit menyebabkan Pakatan Rakyat menterbalikkan tempayan untuk menakung hujan yang bakal turun. Malangnya angin yang kuat telah membawa awan berhujan di tempat lain. Ada teori yang menyatakan bahawa Dato' Nasa juga sebahagian dari skrip Dato' Najib. Keterujaan pada hijrah Dato' Nasa melekakan perhatian Pakatan Rakyat terhadap tiga sejoli yang sedang diandam oleh jin beragas BN. Analisis lain mengaitkan SPRM sekali lagi sebagai penyelamat BN. Bapak si lucah di SPRM itu dengan pantas menyediakan fail untuk memasung Dato' Nasa dengan pertuduhan rasuah. Maka Dato' Nasa pun surrender tanpa mempedulikan kekecewaan Datin Umi. Score-board bertukar kembali ke angka (BN)31:28(PR).

Ketika itu Speaker DUN telah memaklumkan kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering kepada SPR. Ada surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani semasa pembentukan kerajaan pada bulan Mac 2008. Dari segala sudut undang-undang, surat itu sah tetapi SPR terpaksa akur kepada kemahuan bos politiknya iaitu BN lalu mengumumkan tiada pilihanraya kecil di dua kawasan itu. Pakatan Rakyat terjerat lagi.

Pilihan terakhir ialah membubarkan DUN dan mengembalikan kepada rakyat untuk memberikan mandat baru yang lebih jelas, sama ada kepada PR atau kembali kepada BN. DS Nizar mengadap mohon perkenan. Tuanku Sultan bertempoh hingga esok hari. Petang hari yang sama, Najib mengumumkan BN akan membentuk kerajaan di Perak dalam sidang media yang dihadiri tiga sejoli dan Dato' Nasa.

Detik inilah bermulanya krisis. Kecelaruan yang rumit untuk difahami dan sukar dijangkau oleh andaian, analisis dan jangkaan. PR dengan hak dan maruahnya. BN dengan kehendak dan budayanya. Sultan dengan daulat dan survivalnya. Rumit dan celaru.

Krisis boleh dielakkan jika Tuanku Sultan perkenankan permohonan DS Nizar untuk membubarkan DUN. Tamatlah pertikaian tentang siapa yang ada majoriti dalam DUN. Keputusan pilihanraya menentukan sama ada rakyat mahukan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Tuanku selamat daripada 'sembah derhaka' dan sebarang tohmahan. Tiada himpunan di Bukit Chandan. Tiada saman di mahkamah. Tiada demonstrasi UMNO di seluruh negara. Tiada ungkitan sejarah derhaka. Tiada ugutan peluru hidup. Tiada dan tiada.

Misteri krisis ini berlegar di istana. Seluruh dunia tahu kehebatan Tuanku Sultan dan Raja Muda dengan latarbelakang undang-undang dan sains politik peringkat tertinggi dalam kerjaya dan pendidikan. Terasa mustahil keputusan tidak memperkenankan pembubaran DUN dan memperkenankan perlantikan MB baru itu muncul dari pertimbangan normal kedua-dua payung negeri itu. Lalu timbullah pelbagai andaian dan tanggapan.

Rakyat tidak pelik tentang perangai dan budaya UMNO. Sepak terajang politik UMNO sudah ditonton selama lebih 50 tahun. Rakyat sudah khatam malah menghafal strategi dan taktik politik UMNO yang serba boleh itu. Sesama sendiri di dalam UMNO itu pun mereka bercakaran, berbunuhan, rasuah dan saling menjatuhkan maka tentulah lebih dahsyat lagi percaturan mereka dalam perang melawan musuh.

Yang pelik ialah keputusan istana. Keganjilan itu merangsang seribu siasatan oleh rakyat serta mengundang pelbagai tanggapan dan tuduhan. Persepsi negatif yang pertama ialah ugutan Najib berkaitan seorang puteri Tuanku yang menguasai Gamuda. Menyusul kemudiannya tuduhan yang lebih dahsyat iaitu ugutan menyingkirkan Raja Nazrin sebagai bakal Sultan. Ugutan itu dikaitkan dengan kononnya Tuanku sendiri dinaikkan ke takhta melalui rencana Dr. Mahathir walau pun sebenarnya tidak berhak ke atas takhta. Rakyat diberitahu rupanya bonda Tuanku Sultan tidak berdarah raja, maka hak bersinggahsana di takhta sepatutnya berpindah kepada waris yang lain. Begitu juga dengan Permisuri Bainun yang juga bukan berdarah raja. Maka Raja Nazrin kononnya tiadalah berhak bergelar Raja Muda namun mantan Perdana Menteri menyusun segalanya dengan sempurna sehingga tiada siapa berani mempertikaikannya. Najib umpama mengacukan pistol ke kepala Tuanku dan berkata "sama ada Tuanku mengikut apa yang patek mahu atau Raja Nazrin tidak akan menaiki takhta". Dipetik daripada artikel Accept Najib Or Lose The Throne (DI SINI).

Pelbagai dakwaan yang berlegar di mulut rakyat sekarang ini memang sukar dipercayai dan tidak dapat disahkan ketulenannya, namun keganjilan titah dan perkenan istana telah mengundang semua bualan itu. Jika benar begitu maka malanglah bumi tercinta ini dan hancurlah nasib seluruh warganya di tangan Najib dan UMNO yang durjana. Jika bukan begitu siratannya maka apalah agaknya yang tersemat di minda Tuanku?

Terdapat juga analisis yang merumuskan bahawa drama berat ini adalah cara Tuanku nak mengajar Najib dan UMNOnya. Lantaran itulah Tuanku berpesan kepada DS Nizar dengan membacakan ayat Quran yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan hambanya yang sabar". Kegelojohan UMNO perlu ditangani dengan teliti dan sempurna. Menentang UMNO secara terbuka memang bahaya. Risikonya terlalu besar berdasarkan rekod kesanggupan UMNO menderhakai Raja tanpa sedikit pun rasa hormat dan belas. UMNO ada pengalaman dan kemahiran memanipulasi semua jentera kerajaan dan seluruh rakyat bangkit menentang istana bermula daripada perderhakaan Dato' Onn Jaafar hingga kepada penderhakaan Abdullah Badawi, Idris Jusoh dan Shahidan Kasim. Juaranya sudah tentulah Mahathir Mohamad dengan kejayaan melucutkan immuniti sekelian Raja-Raja melalui pindaan perlembagaan.

Analisis itu meyakini kebijaksanaan Tuanku Sultan sementelah kepakaran Tuanku adalah di bidang perundangan. Tuanku amat arif betapa UMNO yang kepingin sangat untuk berkuasa itu, tak akan aman dengan perkenan yang dipaksakan itu. Tuanku tahu sempadan kuasanya berhubung lantik dan lucut memanda Menteri Besar negerinya. Oleh kerana UMNO itu jenis bantah yang tak boleh ditegah maka Tuanku turuti dahulu kemahuan mereka. Tuanku arif betapa DS Nizar boleh membawa kes ini ke mahkamah tanpa melibatkan istana. UMNO perlu jawab dan pertahankan diri tanpa boleh bersandar kepada Tuanku lagi. Tuanku juga amat arif peruntukan Undang-Undang Tubuh tentang Speaker. UMNO terlupa hal itu kerana kemaruk yang tak tertahan lagi. Biarkan ... biarkan! Biar UMNO layari ombak ganas dan lautan bergelora yang mereka sendiri menempahnya. Tuanku akan tersenyum puas di jendela istana. Kalau UMNO masih mahu bicara soal maruah, mereka akan merafak sembah mohon perkenan agar dipulangkan mandat ini kepada rakyat jelata. Pohon Tuanku membubarkan DUN.

Krisis ini besar tetapi isunya sedikit saja. Puncanya UMNO tamak kuasa. Tongkat bernama kuasa itu telah berjasa kepada mereka berpuluh tahun lamanya. Dengan kuasa, mereka boleh hidup senang lenang menjarah harta negara dan kederat rakyat. Hilang kuasa menjadikan mereka tak keruan gila. Itulah puncanya.

Pertikaian yang menjadi nyawa krisis ini juga sedikit saja. Perdebatan dan rujukan ke mahkamah hanya berkaitan Fasal 16(6), 16(7), 18(2)(a), 18(2)(b), 36A(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Krisis ini akan panjang tempohnya jika UMNO terus angkuh terhadap undang-undang dan takut kepada undi rakyat. Jika UMNO memang jantan dan percaya sokongan rakyat masih gagah bersama mereka, ayuh bubarkan DUN dan turun bertarung di gelanggang. Kalau jantan!

KHIR TOYO BAPA SEGALA RASUAH - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.

sumber : Harakahdaily

Selasa, 24 Februari 2009

ALI RUSTAM KEMPUNAN - Malaysiakini

Daripada dulu sehingga kini jumlah Timbalan Perdana Menteri ialah 9 orang. Seramai 4 orang Timbalan Perdana Menteri sempat menjadi Perdana Menteri. Dan Mac nanti apabila Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri angka Timbalan Perdana Menteri yang sempat menjadi Perdana Menteri akan menjadi 5.

Mereka yang sempat menjadi Perdana Menteri ialah Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi dan besar kemungkinan Datuk Seri Najib.

Mereka yang tidak bernasib baik ialah Allayarham Tun Dr.Isamil (meninggal semasa menjadi Timb. Perdana Menteri), Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (dipecat).

Di dalam perhimpunan agung UMNO Mac nanti, calon-calon Timbalan Presiden ialah TS Muhyiddin, TS Muhd Taib dan DS Ali Rustam. Diantara mereka bertiga, hanya TS Muhyiddin yang menjadi Ahli Parlimen. TS Muhd Taib ialah seorang Senator manakala DS Ali Rustam ialah Adun di Melaka.

Syarat untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, ialah mesti menjadi Ahli Parlimen (Dewan Rakyat) atau Senator (Dewan Negara).

Pada mulanya TS Muhyiddin menjadi calon favourite. Tetapi di saat akhir dikhabarkan DS Ali Rustam sedang mendahului. Jadi sekarang Muhyiddin dan Ali rustam menjadi tumpuan manakala Muhd Taib menjadi calon 'dark-horse'.

Muhyiddin ada sedikit advantage memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas di dalam kerajaan selain memang sedang menjadi ahli parlimen.

Ali Rustam pernah berkhidmat di pusat untuk seketika tetapi perlu dilantik sebagai senator dahulu jika beliau menang jawatan Timbalan Presiden UMNO nanti.

Untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri melalui 'pintu belakang' amat tidak wajar. Untuk beliau bertanding kawasan parlimen memerlukan seorang ahli parlimen sedia ada mengosongkan kerusinya. Adalah terlalu berisiko tinggi, dengan mood dan trend pengundi sekarang untuk beliau bertanding. Yang menjadi berita gembira bagi beliau ialah Melaka memang sedari zaman 'Hang Tuah' lagi memang menjadi kubu kuat UMNO.

Saya menjangkakan Muhd Taib mempunyai peluang yang paling nipis. Untuk beliau bertanding di kawasan parlimen Selangor terlalu sukar untuk menang kerana trend dan mood pengundi sekarang memang sedang membuak kebencian kepada UMNO/BN, diibaratkan membina kondo di lereng bukit yang tinggi dimana tanahnya mulai merekah. Di antara mereka bertiga, beliau mempunyai rekod paling buruk, membawa lari anak raja dan berkahwin di luar kariah serta memikul duit cash seberat 20 kilo ke Australia, tetapi di dalam UMNO, itu semua tidak diambil kira.

Ahli UMNO tidak mengambil kira faktor moral atau karisma sesaorang pemimpin, yang penting jurukempen serta runner pandai bermain 'ayat' serta 'janji-janji' yang boleh men'cair' perwakilan.

Walau apa pun faktor permilihan calon diutarakan, itulah calon-calon terbaik yang UMNO boleh mempersembahkan dan pemenang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun Ali Rustam amat rapat dengan Najib, tetapi Najib ingin juga membalas budi luhur dari Muhyiddin kerana Muhyiddinlah orang yang paling vokal mendesak DS Abdullah berundur cepat dengan apa yang diistilahkan pelan peralihan kuasa.

Saya menjangkakan TS Muhyiddin bakal menjadi Timbalan Presiden seterusnya dinobatkan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Minta maaf Ali Rustam, 3 tahun lagi cuba lagi dan di PRU13 nanti bertandinglah di kawasan parlimen yang paling selamat.

Jikalau anda sayang melepaskan jawatan Ketua Menteri, bertandinglah di kedua-dua kawasan Dun dan parlimen, kecuali PAS Melaka sudah bersedia menyekat anda.

IBRAHIM ALI BAKAL TUBUH PARTI BARU ? - Malaysiakini

Oleh Wan Fauzdin

Di saat Pakatan Rakyat berhadapan dengan tekanan demi tekanan yang maha hebat dari Umno khususnya, kesemua rakyat bersatu dan memekakkan telinga terhadap apa jua yang cuba disampaikan oleh `lidah-lidah Syaitan' melalui media-media munafik yang ada. MP-MP dari Pakatan Rakyat turut bersatu dan melupakan segala perselisihan pendapat demi menentukan Umno/BN terkubur secepat mungkin. Suasana politik sekarang benar-benar memberi kelebihan kepada PR dan benar-benar membuatkan Umno kecut perut sehingga melarikan diri dan menyorok di belakang tembok-tembok Istana.

Di dalam keadaan begitu, terdapat seorang manusia yang diangkat oleh rakyat atas dasar simpati dan kesihan agar manusia ini dapat menyuarakan kehendak rakyat sejajar dengan perjuangan PR. Insan dhaif yang telah diberikan ikhsan oleh PAS itu tidak lain tidak bukan adalah Ibrahim Ali dari Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Beliau diberi kepercayaan oleh PAS untuk duduk di kerusi Parlimen Pasir Mas meskipun ketika pemilihannya ramai rakyat di Pasir Mas ragu-ragu akan prinsip perjuangannya. Selaku wakil Bebas, PAS berharap Ibrahim Ali dapat sepenuhnya menyuarakan apa jua pandangan demi kebaikan rakyat. Malang sekali, Ibrahim Ali tetap Ibrahim Ali dan beliau tidak mampu untuk mengubah dirinya dari dikenali sebagai `Raja Katak' untuk menjadi seorang manusia yang mulia. Nasi sudah menjadi bubur, rakyat Pasir Mas menjadi mangsa percaturan politik yang merugikan.

Setelah sekian lama PAS berdiam diri terhadap sebarang tindak tanduk Ibrahim Ali yang mula menikam PR khususnya PAS sendiri, maka tahap kesabaran pimpinan PAS sudah ke kemuncaknya. Kini, PAS Kelantan membuat satu keputusan agar Ibrahim Ali meletakkan jawatan beliau sebagai MP Pasir Mas. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang selama ini terlalu berat untuk memberi komen ke atas Ibrahim Ali yang beliau sendiri restui sebagai calon mewakili PAS di Pasir Mas, akhirnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz terpaksa menerima hakikat bahawa Ibrahim Ali sebenarnya adalah musuh di dalam selimut. Setiap darah yang mengalir di dalam batang tubuh Ibrahim Ali sebenarnya masih berdarah UMNO iaitu musuh politik terbesar bagi PAS dewasa ini. Maka, tidak hairanlah Ibrahim Ali berlagak dan berlakon di pentas Parlimen semata-mata untuk menunjukkan beliau sebagai jaguh atau hero sedangkan semua isu yang beliau bangkitkan tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan imej yang buruk kepada PR.

Benar, ada ketikanya Ibrahim Ali mengkritik Umno/BN di Parlimen di dalam sesuatu perkara, tetapi semua kritikan yang beliau berikan itu tidak membantu langsung kerana isu yang beliau nyatakan terlebih awal disuarakan oleh kebanyakan pimpinan PR sendiri. Beliau gagal menyahut cabaran untuk bersama-sama rakyat bagi menyokong pengharaman Akta ISA tetapi beliau lebih senang dengan lagaknya menyindir, memperlekehkan pimpinan PR terutamanya DS Anwar. Apabila Ibrahim Ali gagal untuk memprovokasi DS Anwar yang licik di dalam mengenal budi pekerti beliau itu, Ibrahim Ali kini menumpukan kepada tuan yang memberikannya kerusi Parlimen Pasir Mas iaitu PAS. Bukankah ini kerja-kerja Umno dan tugas ini amat disenangi oleh Ibrahim Ali lakukan. Mungkin ada udang di sabalik batu memandangkan beliau diHARAMkan oleh Umno seumur hidup. Jika sudah Umno haramkan, dan kini PAS turut menganggap beliau adalah wakil rakyat yang diharamkan (tidak direstui) oleh PAS di Pasir Mas, maka ke mana arah perjuangan Ibrahim Ali ? Seekor katak tidak mungkin boleh hidup bersendirian untuk memanggil hujan.

Perkara yang lebih melucukan kita apabila Ibrahim Ali menyatakan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz jangan berlagak kerana beliau juga turut berjasa kepada PAS. Benarkah Ibrahim Ali berjasa pada PAS ? Adakah dengan berdirinya Ibrahim Ali suatu ketika di pentas PAS untuk berkempen, ini merupakan jasa yang boleh ungkit-ungkitkan ? Adakah ini bermaksud tanpa Raja Katak ini PAS tidak akan bertahan di Kelantan ? Ibrahim Ali patut meletakkan cermin di mukanya terlebih dahulu sebelum memberi kenyataan sedemikian. Di Kelantan amat sukar mana-mana tokoh-toloh politik yang bertanding di dalam Pilihanraya akan hilang deposit, melainkan apa yang dicipta oleh Ibrahim Ali suatu waktu dahulu ketika beliau tidak mendapat restu PAS. Beliau seorang bekas tokoh politik Umno bahkan seorang bekas Menteri hilang deposit di Kelantan. Imej beliau hancur ketika itu, dan PAS bersimpati dengan anak Kelantan ini dan membersihkan kembali imejnya setelah ditendang oleh Umno dan kini menjadi MP Parlimen Pasir Mas. Siapa yang berjasa sekarang dan siapa yang patut merasa malu sekarang ?

Memang benar, sesiapa yang melepaskan jawatan sebagai Wakil Rakyat tidak dibenarkan bertanding semula jika kerusi tersebut dikosongkan. Tetapi, jika saya menjadi Ibrahim Ali saya akan melindungi maruah saya daripada mempertahankan kerusi yang tidak lagi direstui kepada saya. Apalah ertinya saya menjadi Imam kepada Makmum yang jelas menolak saya ? Tetapi, Ibrahim Ali tidak sanggup berbuat demikian kerana baginya bukan mudah untuk berada di tempat itu kerana beliau telah sekian lama mengimpikan kerusi tersebut dan terpaksa hilang deposit kerananya. Jadi, rugi besar beliau jika mengosongkan kerusi yang di`sedekah'kan oleh PAS itu. Nampaknya maruah YB Eli Adun Bukit Lancan dan YB Arumugam Adun Bukit Selambau jauh lebih bermaruah daripada Raja Katak ini.

Suka saya nasihatkan kepada Ibrahim Ali agar membuat rayuan semula kepada Umno untuk kembali ke lubuk yang beliau impikan itu. Sekiranya Umno masih jijik dengan Ibrahim Ali, beliau boleh mencuba nasib ke parti-parti lain samada parti baru yang ditubuhkan oleh Dato' Nalla dan mungkin beliau boleh menjadi Timbalan atau Naib Presidennya. Paling kurang pun, Ibrahim Ali boleh tubuhkan parti baru yang beliau boleh menjadi Presidennya. Mungkin beberapa tiga Adun Bebas di Perak bersedia menimbang untuk bersama partinya nanti. Terpulanglah kepada Ibrahim Ali untuk menamakan parti barunya itu nanti, cuma lambang atau logo yang paling secucuk dengan partinya itu nanti adalah lambang `KATAK'..

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

NAJIB PECAT PAK LAH JIKA ENGGAN TURUN DARI JAWATAN PM - Malaysiakini

Oleh Herman Samsudeem

Bakal Presiden Umno yang mengidam kerusi Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat penstrukturan Kabinet jika berjaya merampas kerusi itu dari Abdullah. Cukuplah jika Najib dilantik jadi Presiden Umno, itu sudah memberikan kekuatan padanya walaupun Abdullah enggan letak jawatan sebagai PM.

Najib boleh memecat beliau dari Umno dan kemudiannya membawa usul undi tidak percaya sebagaimana teori Mahathir jika Abdullah berkeras untuk terus jadi PM.

Abdullah juga dipercayai tidak akan menjadi anggota kabinet baru Najib sekaligusnya, akan dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan jika kabinet dirombak.

Naib Presiden Umno sekarang, Muhyiddin Yassin membayangkan rombakan kabinet akan dibuat jika Najib berkuasa. Bagi beliau Kabinet Kerajaan yang ada sekarang ini sudah dilihat rakyat sebagai ‘Kerajaan yang hilang arah’.

MCA pula sudah bersedia untuk menamakan 3 calon Menteri yang baru dimana Timbalan Menteri Kewangan sekarang, Kong Cho Ha bakal mengambil tempat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ong Ka Chuan.

Turut dinamakan untuk merebut jawatan Menteri ialah Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun. Disamping itu komponen BN yang lain juga sudah membuat persedian untuk menamakan calon mereka bagi merebut jawatan Menteri dalam senarai kabinet yang baru.

Oleh itu, Najib kini wajar merangka strategi untuk mewujudkan Kabinet yang lebih baik dari Abdullah disamping memastikan kedudukan beliau menjadi lebih selesa selepas ini.

Mahathir mengakui bahawa kumpulan Think Tank Abdullah di Tingkat 4 kini terdesak dan semakin giat berusaha agar rancangan peralihan kuasa ini gagal. Taruhan mereka iaitu anak menantu Abdullah yang juga Naib Ketua Pemuda Umno sekarang, Khairy Jamaluddin bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda dianggap usaha paling penting bagi memastikan survival ‘geng Tingkat 4?.

Mereka juga berusaha agar Abdullah tidak melaksanakan peralihan kuasa walaupun sedar bahawa Abdullah sudah tidak tahan menerima tekanan dari ahli Umno untuk berundur.

Secara keseluruhannya rakyat melihat Abdullah sebagai Perdana Menteri yang pasif tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima beliau berbanding Najib yang dilihat terlalu agreasif terhadap rakyat.

Kini pertembungan kuasa besar ini semakin menuju kemuncaknya, dan rakyat yang dibawah ini juga yang akan menjadi korbannya kelak..

JEMPUTAN "BAKAR BUKTI RASUAH DEPAN SPRM" - Malaysiakini

Oleh: Badrul Hisham Shaharin (che’GuBard)

Pengumuman :

Perhimpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM yang kelihatan 'seronok' menjadi kuda

Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu

  • masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
  • masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleg didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.


Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1
10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2
Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno

Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn.

Kes 1
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes 2
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN. Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes 3 dan seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat semenjak BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan.

Di Selangor tentu ramai yang pertikaikan sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan. Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.

Sehubungan dengan itu, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan (tanpa kira latar politik, kaum dsb) mengajak anak - anak muda Malaysia un tuk hadir di depan Pejabat SPRM Putrajaya memprotes dan memberi amaran kepada SPRM.

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.


Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.

Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.

23 Februari 2009

Badrul Hisham Shaharin
Sekretariat
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://chegubard.blogspot.com

p/s : Solidariti anak muda Malaysia terlibat menganjurkan banyak forum diskusi dan aksi politik. Seperti menghantar bantal kepada Abdullah sempena tahun baru, menyerbu dan mengepung Tun Mahathir di Mahkamah, forum ISA dan banyak lagi yang semuanya menjadi perhatian media dunia.

BUAH TANGAN UMNO UNTUK PAKATAN RAKYAT - Malaysiakini

Oleh Profesor Ali Mamat

Buah Tangan UMNO Untuk Pakatan Rakyat

Dalam keadaan lebih daripada separuh sedar, biasanya musuh akan mengakui segala kesilapan, kesalahan, kekurangan dan kecacatan, iaitu bila berdepan dengan keadaan yang benar – benar kritikal, terdesak dan terancam. Kebiasaannya masa itu akal dah jadi separuh waras, atau tidak waras.

Tidak kira sesiapa pun juga, ahli politik, ahli perniagaan, kakitangan kerajaan, pelajar dan sebagainya, selagi nama manusia, ada suatu saat segala kecacatan, kesalahan, kesilapan dan kekurangan tadi akan diceritakan tanpa perlu kita mendesak atau memaksa mereka mendedahkannya.
Begitu Juga Dengan Parti Umno Ni.

Dalam keadaan hampir semua peringkat kepimpinan, dari orang no 1, 2, 3 dan seterusnya percaya iaitu umno perlu berubah, tetapi itu hanya slogan sahaja, kerana tindak tanduk mereka ini tidak membayangkan kesediaan untuk berubah, rakyat masih melihat ianya tidakk berubah . Contohnya kejadian yang berlaku di Perak sebagai buktinya.

Ada lagi satu golongan dalam parti ini, iaitu ’think tank’ mereka juga menyeru supaya seluruh peringkat dalam parti umno mesti berubah, dari orang no 1 hingga ahli – ahli biasa di peringkat cawangan. Golongan ini yang terpaksa memerahkan otak siang malam, bahkan 24 jam sehari memikirkan kaedah, strategi dan pendekatan yang perlu dibuat oleh kepimpinan, guna bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka.

Risau benar mereka ini dengan ketidakpedulian pemimpin – pemimpin atasan, khuatir andainya PRU13 nanti adalah kemuncak parti ini ditolak oleh rakyat dari semua kaum Melayu, Cina, india, Iban, Kadazan dan lain – lain.

Bimbang mereka ini ada fakta dan justifikasinya. Memang ada data lengkap, bukan hari ini tapi sejak dari dulu lagi, bahkan ianya amat ketara dalam PRU12 lalu, diikuti PRK P44 dan yang terbaru dalam PRK P36 Kuala Terengganu. Ianya bakal menjadi kenyataan dalam PRK P59 Bukit Gantang dan N 25 Bukit Selambau nanti, dan juga mungkin nanti dalam N 37 Bukit Lanjan, dan juga ura -ura di P 22 Pasir Mas.

Elok dibaca isi hati penulis ini. Banyak kebenaran, data, fakta dan justifikasinya. Mana yang baik elok sangat dijadikan panduan, mana yang buruk hendaklah dibuang saja.

’Virus’ Saluran 4 Dan 5

SENARIO yang berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu agak menarik untuk direnung. Ini kerana ketika proses pengiraan bermula, Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului kerana majoriti undi saluran 1,2 dan 3 menyebelahi parti itu. Bagaimanapun situasi berubah apabila kotak undi saluran 4 dan 5 dikira, BN tewas satu demi satu sebelum diisytiharkan kalah.

Namun begitu kegagalan BN menguasai saluran 4 dan 5 yang dianggap suara generasi muda bukanlah suatu kejutan, sebaliknya ia sememangnya sudah dijangkakan. Malah itu merupakan kali kedua BN tewas dalam pilihan raya kecil akibat saluran berkenaan, sebelumnya BN kecundang di Permatang Pauh. Kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen serta kehilangan kuasa di Kedah, Perak dan Selangor juga dikaitkan dengan saluran tersebut.

Malah di Kelantan, pengundi muda dikatakan sama sekali tidak menyebelahi BN sehingga memungkinkan Pas terus berkuasa di negeri tersebut.
Generasi muda yang menguasai undi di saluran 4 dan 5 mempunyai pemikiran berbeza. Perkembangan teknologi maklumat yang berkembang pesat telah membolehkan mereka bukan sahaja mendapat sebarang perkembangan dengan cepat malah boleh diracuni fikiran mereka oleh permainan kotor pembangkang.

Persepsi yang paling mencabar untuk dihapuskan oleh BN di kalangan generasi muda ialah kalau BN cakap itu propaganda dan kalau pembangkang cakap itu kebenaran.

Mengulas isu saluran 4 dan 5 ini, penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, generasi mudah tidak mahu mendekati BN kerana mereka melihat parti itu termasuklah UMNO seperti tidak mewakili aspirasi mereka sebaliknya hanya untuk kepentingan orang-orang yang lebih dewasa khususnya golongan elit.

''Kepada mereka, UMNO sudah menjadi terlalu elitis, malah golongan muda dalam BN dan UMNO juga sangat elitis dengan gaya hidup 'super newah' dan umpama selebriti," katanya ketika dihubungi.

Kenyataan Dr.Mohamed Mustafa ini bukanlah perkara baru tetapi inilah persepsi rakyat termasuk generasi muda kepada BN terutamanya UMNO.
Dalam tinjauan penulis di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, baru-baru ini, persepsi ini juga wujud di kalangan penduduk.

Mereka mengaitkan UMNO dengan gaya hidup mewah, mereka muak dengan gelagat sesetengah pemimpin Pemuda yang dilihat terlalu elit apabila masuk ke kampung-kampung.

Lebih memburukkan lagi keadaan melalui propaganda yang dilakukan oleh pembangkang tanpa mahu mengkaji sama ada sesuatu dakwaan itu benar atau tidak, pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO sering dikaitkan dengan rasuah, skandal dan sebagainya.

Mungkin ia adalah persepsi tetapi akibat persepsilah BN hampir kecundang dalam pilihan raya umum lalu.

Semua ini tidak menguntungkan BN, persepsi buruk masih menebal di kalangan rakyat terhadap parti itu terutamanya generasi muda yang menguasai saluran 4 dan 5 masih menebal.

BN akan terus menghadapi masalah jika persepsi ini tidak ditangani dengan betul. Keadaan menjadi semakin mencabar apabila tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin muda dalam BN untuk mendekati pengundi-pengundi muda.

''Pemimpin-pemimpin atas BN dan UMNO sudah lama disenggaged dengan orang muda di institut pengajian tinggi dan kolej-kolej, tiada dialog dua hala dan interaksi dengan golongan muda," kata Dr. Mohamed Mustafa.

Bagi parti tersebut, masalah lebih ketara ialah generasi muda tidak melihat mana-mana pemimpin parti itu yang sesuai atau setaraf dengan ketokohan yang ada kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jika dulu walaupun mereka tidak menyukai BN dan UMNO tetapi berikutan ketokohan yang ada kepada Dr. Mahathir mereka sedia menyebelahi BN begitu juga kaum bukan Melayu.

Namun sekarang suasana sudah berbeza. Walaupun apa yang dikatakan oleh generasi muda mengenai barisan kepimpinan BN dan UMNO hanyalah persepsi tetapi tafsiran seumpama itu tidak harus dibiarkan.

''Kita terpaksa akui bahawa kepetahan bercakap yang ada kepada pembangkang tidak ada kepada sebahagian besar pemimpin BN, walaupun apa yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah retorik dan hipokrit tetapi macam mana hendak kita hendak yakinkan rakyat, ini soalnya," kata seorang pemimpin Pemuda UMNO bertaraf Ahli Parlimen ketika dihubungi.

Sebagai contohnya, isu lompat parti, ia hakikatnya dipelopori oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi apabila ada ahli pembangkang beralih arah menyokong BN, pembangkang berjaya meracuni pemikiran rakyat untuk mempercayai ia perbuatan tidak bermoral tetapi semasa mereka menguar-uarkan 'mimpi 16 September' bagi menumbangkan kerajaan BN tidak pula soal ini ditimbulkan?

Begitu juga soal moral, apabila pemimpin BN didapati melakukan perbuatan yang bertentangan dengan moral, mereka menyerang habis-habisan sehinggakan rakyat melihat pemimpin BN terlalu jijik tetapi apabila ia dikaitkan dengan pembangkang, ia akan dianggap satu fitnah dan konspirasi politik paling jahat dan keji.

Tetapi BN tidak mampu menangani ini semua, generasi muda amat dekat dengan internet, membaca blog setiap hari adalah rutin mereka tetapi BN tidak mempunyai blog yang benar-benar berwibawa menangkis pembangkang.

Sebaliknya pembangkang bukan sahaja mempunyai ribuan blog yang menyokong mereka, malah 'memiliki' media on line yang menyebelahi mereka.

Kita akui bahawa BN cuba melawan melalui internet tetapi ia tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh, kalau pun wujud blog tersebut ia ibarat tempat melepaskan geram sahaja, lebih malang lagi ada sesetengah blog yang diketahui diasaskan oleh pemimpin UMNO bertindak 'membelasah' pemimpin UMNO sendiri.

Kesudahannya rakyat terutamanya generasi muda menjadi keliru dan membolehkan mereka menjadi yakin bahawa apa yang diperkatakan oleh pembangkang terhadap sesetengah pemimpin UMNO adalah betul.

Berdasarkan apa yang diperkatakan, ia jelas menunjukkan bahawa cabaran BN untuk menarik generasi muda mengundi mereka amat getir.

Saluran 4 dan 5 tidak harus menjadi seolah-olah 'satu virus' yang merosakkan keseluruhan sokongan yang diperolehi melalui saluran 1,2 dan 3.

BN tidak harus leka tentang ancaman ini kerana dalam pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin kanan UMNO mereka pastinya akan mengeluh apabila ditanya apa peluang BN untuk menang di saluran 4 dan 5.

Ini satu masalah yang BN perlu tangani segera jika tidak mahu BN kecundang dalam pilihan raya akan datang, ikhlaslah mengakui bahawa semua sayap BN dan UMNO buat masa ini dianggap gagal meraih sokongan generasi muda tetapi belum terlambat untuk memperbaiki keadaan.