Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 19 Mei 2010

Sayap Baru PAS : Dewan Himpunan Penyokong PAS

PAS terus melebarkan sayap mereka apabila akan menaiktaraf Kelab Penyokong PAS (KPP) kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) setaraf dengan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat.DHPP akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 23 Mei ini di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang.Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini hari ini berkata, PAs telah mencipta sejarah baru sejak penubuhannya apabila berjaya menambah satu lagi sayap parti."Ini adalah satu sejarah yang PAS lakarkan dengan secara rasminya kita mempunyai satu sayap baru iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Menurut beliau yang juga pengerusi lembaga penasihat DHPP, PAS telah menyiapkan aturan dan peraturan yang membolehkan DHPP ditubuhkan."Kita telah menyiapkan aturan dan peraturan dewan himpunan penyokong PAS yang disediakan di bawah perlembagaan PAS. Dengan lulusnya dengan lulusnya aturan dan peraturan ini oleh mesyuarat jawatankuasa PAS pusat, membolehkan suatu dewan penyokong PAS ditubuhkan," katanya lagi.

Beliau juga berkata, dengan tertubuhnya DHPP, ahlinya boleh terlibat secara langsung dalam muktamar PAS, seperti juga dewan-dewan lain."Dewan ini boleh mengadakan mesyuarat agung, konvensyen dan sebagainya. Mereka juga akan terlibat dengan muktamar PAS dan akan diwakili oleh 15 orang pada muktamar termasuklah untuk muktamar terdekat pada Jun ini," katanya.Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, dewan ini tidak terikat kepada mereka yang menyokong PAS sahaja, sebaliknya terbuka kepada sesiapa yang berminat.Namun ujarnya, apabila menyertai dewan ini, secara automatik mereka mesti mematuhi perlembagaan PAS.

"Kita tidaklah rigid mengatakan hanya mereka yang merupakan ahli kelab penyokong PAS sahaja yang boleh menyertai dewan ini."Kepada bukan penyokong pun boleh menyertai tetapi secara automatik mereka mesti taat kepada perlembagaan parti, sama juga seperti ahli parti," katanya.Dengan tertubhnya dewan itu juga, tidak ada masalah untuk PAS meletakkan calon bukan Islam dalam mana-mana pilihan raya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS mempunyai keahlian seramai 20, 000 orang yang ditubuhkan sejak tahun 2005.Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Kelab penyokong PAS, Hu Pang Cau, Timbalannya Balasubramaniam dan Setiausaha KPP Selangor, K. Deepakaran.

Tiada ulasan: