KUALA LUMPUR : Peguam, Karpal mendakwa Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak Mandi Junub selepas melakukan hubungan seks. Saiful sebelum itu mengakui di dalam mahkamah yang dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia berada dalam keadaan darurat ketika itu. Namun, Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat selepas kejadian tersebut.
Terdahulu, Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah telah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan yang menolak permohonannya sebelum ini. Karpal dalam mahkamah sebentar tadi bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela kerana jika benar tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar maka pihak pendakwa seharusnya menyerahkan senari saksi kepada pihak pembela.Perbicaraan kes fitnah liwat II, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.
Pada jam 11.25 pagi tadi, Karpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar. Karpal juga membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya. Kalpal juga merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan