Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 14 Jun 2010

Hadi: Hanya Islam Mampu Selamatkan Melayu, Bukan Perkauman

Hanya ketakwaan, ilmu dan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi mampu membebaskan bangsa Melayu dari belenggu penindasan dan kejahilan.Presiden Abdul Hadi Awang berkata jatidiri Melayu dapat diangkat dan dimartabatkan jika ia bertaut pada prinsip keadilan, ehsan dan kesaksamaan sepertimana yang diberi penekanan khusus oleh agama Islam.

Pemimpin Pakatan Rakyat ini dalam ucapan pergulungan beliau berkata kerangka rasis bawaan Umno hanya memenjarakan bangsa Melayu dalam kitaran permusuhan dan kejahilan yang berterusan.Presiden Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi seruannya kepada akar umbi Pas untuk membebaskan diri dari syak-wasangka yang ditanam Umno terhadap masyarakat bukan Islam.

Islam, tegas Hadi, adalah obor menerangi kegelapan manusia dan ahli-ahli Pas harus menunjukkan teladan Islam yang tinggi dengan membawa agenda politik yang merentasi keterbatasan kaum dan agama."Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas tidaklah sama dengan kerjasama Umno dan parti-parti Barisan Nasional. Dalam Pas, kerjasama bersandarkan undang-undang dan prinsip Islam. Kerjasama dalam Umno menggadaikan prinsip dan akhlak," tegas Presiden Pas.

Hadi menegaskan bangsa Melayu tidak mampu bergerak ke hadapan jika ia terus mengabaikan Islam yang memupuk kerjasama antara kaum berbilang budaya."Kita mempunyai tanggungjawab yang besar, iaitu menyedarkan orang Melayu dari politik perkauman. Tidak salah sekiranya menyayangi kaum: orang Melayu sayang pada bangsanya, begitu juga orang Cina dan India pada bangsa mereka. Tetapi yang salahnya apabila perkauman dijadikan aqidah," tegas Hadi.

Menyedari mesej Islam menghakis kekebalan Umno-Barisan Nasional, pemerintah giat menanam benih ketakutan di kalangan rakyat dengan harapan ia mampu menjauhkan orang Melayu dari Pas.

"Orang Melayu dibayangi penjajahan, dan Umno membayangkan hanya merekalah tempat bergantung orang Melayu. Sebenarnya, hanya Islam yang mampu menyelamatkan orang Melayu, bukan politik perkauman yang sempit," tegas Hadi.

Hadi menggesa akar umbi Pas untuk merapatkan saf dan berganding-bahu dalam menghadapi cabaran Malaysia baru yang adil, saksama dan peduli kepada nasib rakyat semuanya.

"Kita mengajak manusia untuk bersama-sama dalam bahtera Al-Quran. Meskipun ada yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, janganlah dibocorkan bahtera ini," tegas Hadi.Parti Islam SeMalaysia mengumumkan ia akan menggerakkan kempen memenangi 60 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang dalam usaha menafikan majoriti dua-pertiga Umno-Barisan Nasional.Kempen ini mensasarkan 37 kerusi Parlimen baru yang kini dalam tangan Ahli Parlimen Umno.

sumber : TV Selangor 

Tiada ulasan: