Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 14 Jun 2010

HATI- HATI BILA MELANGKAH ...

"Assalamualaikum,,..

Kata Pengarah pilihan raya PAS, Abdul Halim Abdul Rahman di muktamar agung PAS. Pakatan Rakyat(PR) berpotensi tewas di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya trend kemerosotan undi Melayu dan India di Hulu Selangor berterusan dan mengingatkan terdapat kawasan kelabu di Kelantan.Kata kata beliau mengandungi mesej tersirat kepada semua pendokong PR yang perlu difahami.

Secara amnya, kalau PR tewas di Selangor dan Kelantan pula diselubungi kawasan kelabu, maka harapan PR di Terengganu hampir tidak ada kerana Terengganu masih menpunyai talian hayat yang kuat bagi BN dengan majoriti pengundinya melayu.Akan tetapi sesuatu yang perlu dipegang kuat oleh setiap pendokong ialah PR berbeza dengan BN dan PR menyertai pilihanraya bukan sekadar mahu menang dan berkuasa tetapi PR mempunyai menifesto yang mahu mengubah keadaan.Ini juga bermakna kerajaan PR yang ada sekarang ini harus berbeza dengan kerajaan BN dan kalau perbezaan itu ditolak oleh sebahagian rakyat yang pernah menyokong PR dalam PRU 12, PR tetap tegas dalam agenda perubahannya serta PR tidak harus menjadi pragmatis semata mata mahu menarik sokongan golongan ini.PR mesti berani kalah plihanraya dalam usaha membawa perubahan ini serta tidak perlu melakukan perkara perkara yang "mesra politik" sebaliknha tegas dengan agenda perubahan berasaskan kebenaran dan keadilan sejagat.

Oleh itu ingatan pengarah pilihanraya PAS harus diterjemahkan sebagai kata kata yang merendah diri dari seorang pemimpin yang berwawasan dan perlu digembelingkan untuk mengemaskinikan gerak kerja yang masih longgar di sana sini.Peluang untuk memenangi golongan atas pagar umpamanya seharusnya dicari terutama untuk menyedarkan mereka tentang keburukan yang sudah dan akan dibawa oleh BN selagi mereka diberi kuasa memerintah.

Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan PR terutamanya di Selangor tidak mudah dalam suasana provokasi melampau BN.Tetapi ini tidak bermakna perubahan itu tidak dapat dilaksanakan oleh seorang tokoh koperat yang didakwa oleh setengah pihak mendapat khidmat nasihat politik dari orang tertentu.Perubahan tetap dilakukan berasaskan kebenaran dan keadilan sejagat, tiada kompromi selagi PR diberi mandat mentabdir negeri.Sekiranya perubahan yang dilakukan ini tidak popular atau tidak mesra politik dan bakal menyebabkan PR hilang kuasa di Selangor, PR tidak harus berundur dari terus berpegang kepada agenda perubahan ini.PR tidak harus sesekali terpengaruh dengan ungkapan supaya lebih mesra politik dan meletakkan seseorang yang ahli politik untuk mentadbir semata mata untuk mengekalkan kuasa.Sistem negara kita tetap memberi pengundi kelebihan untuk menentukan siapa yang patut berkuasa dengan konsep majority win.Oleh itu kalau majoriti rakyat Selangor tidak mahu perubahan yang dilakukan apakan daya PR untuk membantahnya.

Namun ,ingatan pengarah plihanraya PAS itu seharusnya disahut dengan usaha yang lebih keras dan bijak dalam memberi kefahaman kepada rakyat bahawa inilah agenda perubahan yang PR mahu lakukan dan akan lakukan sekiranya mandat terus diberi kepada PR lagi.PR adalah berbeza dengan BN dalam semua segi jadi tak perlu gusar dengan kata kata pengarah pilihanraya ini.Sebaliknya, ianya mesti disambut sebagai cabaran kepada semua pendokong PR dari semua parti untuk merapatkan saf dan menyusun gerakkerja yang lebih kemas dan teratur terutama dalam usaha menyedarkan sebahagian pengundi yang masih dibuai mimpi dek umpan BN selama ini.Golongan ini termasuk peneroka felda yang sekarang ini boleh disedarkan dengan tindakan licik BN membantu Israel membunuh rakyat Palestin dengan minyak kelapa sawit yang dihasilkan oleh peneroka felda.

TSKI adalah tokoh koperat yang sudah memasuki politik tanah air dan seharusnya beliau diiktiraf sebagai ahli politik seperti ahli politik yang lain.Sebaliknya TSKI mempunyai kelebihan kerana kepakaran pengurusan yang ada pada beliau berbanding berpuluh puluh ahli politik lain termasuk PM dan TPM yang hanya tahu berpolitik perut gendut(pinjam istilah Hisyamudin Rais) sahaja sedang semua urusan pengurusan dibuat oleh orang lain yang kononnya pakar dalam bidang masing masing.Jadi kenapa nak diperlekehkan TSKI sebagai seorang bukan ahli politik yang pula dikatakan menjadi sebab kenapa PR akan tewas pada tahun 2011/2012?Sedangkan yang sepatutnya dinilai ialah perlaksanaan perubahan yang telah dibuat oleh TSKI dalam suasana tekanan yang hebat diberikan oleh BN.

Inilah kayu ukur dalam menentukan kemampuan sebenar TSKI sebagai MB Selangor dan bagi PR, ianya tetap benar sekalipun PR tewas pada PRU akan datang.Begitu juga DSAI sebagai penasihat ekonomi Selangor seharusnya tidak diukur sebagai faktor penyebab ketewasan PR kerana yang patut diukur ialah sumbangan yang telah diberikan oleh DSAI, apakah sama dengan sumbangan Khir Toyo atau sebaliknya.Kalau DSAI menyebabkan rakyat Selangor semakin susah maka seharunya DSAI ditolak dan sebaliknya kalau DSAI tidak mendapat apa apa keuntungan peribadi dari jawatannya dan dalam masa yang sama menyumbang dalam usaha memberi kesejahteraan kepada rakyat Selangor, tidak wajar bagi seorang yang berfikiran waras dan berpelajaran tinggi membuat kesimpulan bahawa kedudukan DSAI di Selangor akan menjadi penyebab ketewasan PR.



Sekali lagi asas ikatan PR yang mahukan perubahan dalam negara perlu dihayati oleh semua pendokong PR.Harapan baru untuk Malaysia, selamatkan Malaysia perlu lebih dihayati dan disebarkan ke seluruh negara bukan sahaja di Selangor kerana perubahan di peringkat pusat adalah lebih penting berbanding perubahan di peringkat negeri.Barang diingat sekiranya PR itu sama dengan BN, sudah lama kerajaan BN tumbang.16 sept yang dirancang DSAI dan kemudian back fire kepadanya pasti akan menjadi kenyataan sekiranya wang dan pangkat diumpan kepada orang seperti Hanipah Aman,Dr Fuad dan lain lain.

Kerana ketika itu ramai yang percaya DSAI akan jadi PM tetapi malangnya tak ramai yang tahu bahawa sekiranya mereka meyertai DSAI maka banyak projek dan peluang kewangan akan terlepas.Oleh itu, ketika mengetahui tiada apa apa habuan untuk mereka, akhirnya mereka berpusing 360 % dan terus menghentam DSAI kerana diberi habuan oleh Najib.

Kesimpulannya, ingatan pengarah plihanraya PAS itu bukan bertujuan dipermain mainkan ala BN tetapi untuk disambut dengan kerja kuat dan bijak dalam memenangi hati rakyat bukan untuk sekadar menang pilihanraya semata mata tetapi membuat perubahan yang dirancang bersama.

Tiada ulasan: