Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengesahkan kerugian yang ditanggung Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) bukan kerana salah laku pengurusan atau penyelewengan tetapi silap percaturan dalam urusan pelaburan.
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad, berkata pihak pengurusan koperasi itu telah silap membuat pelaburan sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1998.
Katanya, SKM pernah mengambil alih koperasi itu selama setahun pada 2005 sebelum menyerahkannya semula kepada pengurusan baru koperasi berkenaan pada tahun berikutnya.

Mangsor mengulas desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, agar PAS mendedahkan ke mana RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahlinya disalurkan.
Ibrahim dilaporkan sebagai mendakwa, pelbagai persoalan menyelubungi koperasi berkenaan sehingga menyebabkan skim pelaburan yang ditubuhkan pada 1986 itu hanya mampu membayar dividen rendah sehingga 1997.
Mangsor berkata, SKM menganjurkan pelbagai seminar untuk anggota koperasi mendalami ilmu mengenai pelaburan bagi mengelakkan mereka menanggung kerugian.
Beliau juga berkata, SKM mensasarkan RM60 bilion aset atau 10 peratus sumbangan koperasi dalam pembabitannya membantu pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2020, berbanding hanya satu peratus atau kira-kira RM9 bilion pada tahun ini.
Oleh itu, beliau mahu pihak koperasi menjana pendapatan dengan memperluaskan lagi skop pelaburan dalam bidang hartanah, perladangan, ternakan dan industri makanan bagi memastikan matlamat itu dapat tercapai.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan