TUAN rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, Melaka dihimpit resah apabila masalah di gelanggang ekuestrian berbangkit ketika temasya dwitahunan itu itu berbaki lapan hari sahaja lagi.
Semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau dimaklumkan oleh pegawainya bahawa venue terbabit perlu menggunakan pasir yang dibeli dari Perak.
“Kami memerlukan 300,000 tan pasir dan urusan (penghantaran) dijangka mengambil masa sehingga empat dan lima hari untuk selesai,” katanya. “Buat masa ini, latihan awal tidak boleh dilaksanakan di venue.”
“Masalah ini disebabkan sikap pegawai dan persatuan yang saling melindungi satu sama lain mereka yang tidak telus sehingga mencetuskan masalah sepanjang kejohanan seharusnya meletak jawatan.”
Mohd Ali yang sebelum itu merasmikan Karnival Sukma ke-13 2010 di ibu negara, meningkatkan sasaran mencapai jumlah satu juta pengunjung berbanding 500,000 yang ditetapkan sebelum ini, untuk sepanjang bulan ini berikutan penganjuran pelbagai kegiatan sempena penganjuran Sukma pada 9 hingga 19 Jun ini.
Berikutan itu, beliau membayangkan kemungkinan menggunakan khidmat polis trafik untuk mengiringi bas perantara atlit Sukma ke venue pertandingan sebagai mengatasi masalah kesesakan yang dijangka mampu menjejaskan kejohanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan