Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 16 Jun 2010

Sheikh Hamada :4 Negara Arab Sengaja Nak Bunuh Rakyat Palestin

15 Jun 2010 , Hamas - satu ceramah isu palestin telah diadakan di Dataran Hamas bermula jam 9.00 malam. Ceramah yang diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada rakyat berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku sama ada didalam neneri melaka sendiri dan juga isu utama iaitu isu ummat islam dipalestin yang tertindas.


Program Ceramah yang diadakan turut diserikan lagi dengan ucapan daripada wakil Hizbullah, Hujjatul Islam Sheikh Hassan Hamadah, Ketua Biro politik Hizbullah.

Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan mutakhir ini israel benar-benar dan cukup takut dengan satu kuasa yang bukan menguasai negara tapi hanyalah kumpulan yang berjuang untuk membebaskan Negara Islam yang terjajah. 

Terdapat 4 Negara yang enggan memberikan bantuan dan sengaja membiarkan ummat islam dihancur lumatkan ialah Jordan, Mesir ,Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).Negara-negara ini telah mengikat perjanjian dengan Amerika yang telah dikuasai oleh Israel 

Oleh yang demikian , Ummat Islam di Palestin mengharapkan bantuan daripada Ummat Islam  yang satu aqidah dengan mereka untuk membantu bagi membebaskan AlAqsa daripada cengkaman Yahudi.  

Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Mohamad bin Sabu, AJK PAS Pusat. Seperti kebiasaan dalam ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Abang Mat ialah fakta-fakta kejatuhan ummat Islam yang banyak memberikan kesan kepada semua.

Tiada ulasan: