Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 12 Julai 2010

Suara Keadilan dan Harakah terus terbit

Edisi terbaru akhbar, Suara Keadilan dan Harakah tetap juga diterbitkan, walau diancam akan dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan permitnya yang belum diperbaharui.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali berkata, beliau sendiri melihat edisi baru tabloid mingguan itu kelmarin.

Menurutnya, beliau mahu melihat apakah tindakan KDN selepas ini, atas tindakan pihaknya meneruskan jua penerbitan akhbar tersebut.

”(Suara) Keadilan terbit petang tadi (kelmarin), sudah diedarkan ke semua negeri melainkan Sabah dan Sarawak,” katanya dalam laman sosial Twitter, kelmarin.

Ketua Penerangan PKR Lateefa Koya pula berkata, tindakan menerbitkan :Suara Keadilan: ini adalah kerana tiada arahan khusus daripada KDN untuk pihaknya menghentikan percetakan berkenaan.

“Kita sudah pun terbitkan edisi terbaru semalam (kelmarin), (percetakan awal) ini bertujuan untuk memudahkan pengedar untuk menghantar edisi ini ke semua kawasan, “ katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Suara Keadilan: juga sebelum ini diancam tindakan undang-undang oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) berikutan dalam edisi sebelumnya menyiarkan laporan bertajuk ‘Felda Bankrap’.

Akhbar dwimingguan Harakah Pas terbit seperti biasa semalam dengan muka hadapan yang bertajuk ‘Retorik takutkan Melayu’ meskipun permit penerbitannya yang berakhir 7 Julai lalu belum diperbaharui Kementerian Dalam Negeri (KDN), semalam.

Tiada ulasan: