![]() |
Bapa kepada dua orang anak itu mendakwa pada kejadian lebih tiga tahun lalu, dia yang langsung tidak mengambil bahagian tetapi cuma melihat perhimpunan itu turut ditangkap.
Perhimpunan itu disertai 67 NGO dan lima parti politik.
Pada perhimpunan besar-besaran di ibunegara itu, kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.![]() |
Peguamnya Fadiah N Fikri berkata, anak guamnya memutuskan memfailkan saman itu setelah berpendapat tiada sebarang tindakan diambil setelah membuat laporan polis pada hari kejadian itu berlaku.
Tak sempat lari
"Inilah sebabnya kami failkan saman sivil terhadap kerajaan Malaysia bagi menggesanya lebih bertanggungjawab terhadap tindakan polis yang secara ganas menendang dan menghentamnya tanpa alasan," katanya selepas memfailkan saman itu.
![]() |
"Saya minta tolong mereka, (saya) beritahu mereka lutut saya retak tetapi mereka berkasar. Mereka suruh saya masuk sendiri dalam trak walaupun saya beritahu saya tidak boleh bangun," dakwanya.
Katanya, beliau terpaksa berhenti bernaga ekoran kecederaan itu.
Aleyasak juga mendakwa, di dalam trak polis itu beliau terpaksa menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman.
![]() |
Semasa rawatan, Alayesak mendakwa beliau terpaksa membelanjakan RM70 sekali rawatan, yang mana beliau tidak mampu melakukannya selalu.
Beliau sebelum itu mendakwa tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi itu dan hadir hanya sebagai penonton apabila mendapati ia merupakan perhimpunan aman,




Tiada ulasan:
Catat Ulasan