Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 5 Ogos 2010

Seloka selamat bercuti perdana menteri

Mahfuz Omar 


Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula di luar negeri;
Ini adalah 1 Nukilan buat Datuk Seri.


Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri.


UPSR dan PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/diesel gas masak dan gula naik lagi,
RM 222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.


Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.


Muthusamy pergi kerja setiap hari; Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.


Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.


Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M di Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.


Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri bukan
 dengan duit sendiri tapi ambil duit rakyat sendiri, 
inilah KPI Perdana Menteri.

Tiada ulasan: