Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 11 September 2010

MASUK ISLAM SEMPENA AIDIL FITRI


Alhamdulillah, bertambah lagi seorang saudara kita menjelang Hari Raya Fitrah..bertambah lagi ummat nabi Muhammad s.a.w yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya...segala puji bagi Allah..

Tanggal 30 Ramadhan 1431H yang lalu, iaitu malam menjelang Aidilfitri (malam Raya), Tuan Guru Haji Hadi Awang telah mengislamkan seorang non-muslim, saudara Sai di kediamannya di Rusila setelah selesai mengimamkan solat Isyak di Masjid Rusila...beliau berketurunan Burma..

Semoga beliau menjadi seorang muslim yang bertaqwa, seterusnya melahirkan zuriat yang tegar mempertahankan kesucian dan keindahan agama Islam, yang lantang mempertahankan akidah ummat...

Sesungguhnya tiada paksaan di dalam agama Islam..Islam adalah agama fitrah kepada seluruh manusia..Islam agama yang aman dan selamat...ISLAM UNTUK SEMUA...wallahua'lam...

Tiada ulasan: