Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 6 Oktober 2010

PAS BAKAL KETENGAH CALON BUKAN PEROKOK


PAS akan mengketengahkan calon yang tidak merokok pada pilihan raya kecil DUN Galas akan datang bagi meningkatkan imej Islam parti itu, menurut beberapa laporan akhbar tempatan yang dipetik oleh AFP.PAS, yang merupakan gabungan Pakatan Rakyat berkata, calon yang bakal dipilih bertanding mempertahankan kerusi dewangan undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.Menteri Besar Kelantan itu juga memberitahu akhbar Berita Minggu, calon yang akan dikemukakan oleh PAS itu mesti seorang yang warak dan tidak meninggalkan sembahyang serta bukan seorang kaki judi.Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil itu tetapi PAS telah memaklumkan bahawa parti itu akan mempertahankan kerusinya itu.

Tiada fatwa yang jelas berhubung pengharaman merokok tetapi Nik Aziz pernah dilaporkan berkata sesetengah ulama Islam menganggap perbuatan merokok adalah haram.
PAS pernah pada 2007 berkata parti itu merancang mencalonkan hanya bukan perokok atau mereka yang merancang meninggalkan tabiat itu pada pilihan raya umum.Sementara itu, Harakahdaily melaporkan PAS masih dalam proses membuat keputusan memilih calon untuk bertanding.Sehingga petang semalam, mesyuarat ahli jawatankuasa PAS belum memutuskan siapa yang bakal ditonjolkan.

Perkara itu disahkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat tberkenaan di Gombak semalam."...kami belum dapat menetapkan calon yang akan bertanding buat masa ini," katanya.PAS sebelum ini memaklumkan, mereka sudah mempunyai senarai pendek calon dan dalam proses membuat pilihan untuk diteliti oleh dewan ulama PAS sebelum diputuskan.

Hadi turut memaklumkan, mesyuarat berkenaan juga bersetuju melantik ahli parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ab Halim Ab Rahman sebagai ketua jentera pilihan raya PAS di Galas.Mengulas cadangan Umno mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di Galas, beliau menganggap ia tindakan yang tidak wajar.Beliau juga sependapat dengan pandangan Nik Aziz yang mendakwa cadangan berkenaan adalah cubaan menghina ahli parlimen Gua Musang itu.Razaleigh menurutnya adalah tokoh besar dalam Umno yang selayaknya menjadi Perdana Menteri dan bukan pembangkang di negeri Kelantan.

Tiada ulasan: