Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 21 November 2010

BIK MA LEPAS JAWATAN CANSELOR UNISEL

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 akan tamat kontrak perkhidmatan Feb depan. — Bernama

Tiada ulasan: