Ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam menjadi keliru dan kebingungan dengan penentuan hari raya Eidul Adha pada tahun ini. Ramai juga minta fatwa dari saya ! Apa tidaknya umum semua tahu jatuh wukuf 9 Zulhijjah di Arafah pada tahun ini ialah pada hari Isnin 15 - 11 - 10, bermakna dinegara kita sepatutnya sambut raya pada keesokannya iaitu hari selasa ( 10 Zulhijjah ) perbezaan antara malaysia dan Arab saudi cuma 5 jam saja. Tak tahu pula saya di Malaysia ni wukuf pada hari Selasa !
Apabila perkara ini berlaku ada 3 soalan besar yang terbabit. Pertama: Hari apa sebenarnya orang Islam Malaysia nak puasa sunat 9 Zulhijjah ? kedua: Hari apa sebenarnya kita sambut raya? Ketiga: hari Tasyrik sampai bila ? untuk boleh kita berkorban. Jadi soalan ini besar dan menteri serta JAKIM perlu beri penjelasan kepada rakyat secara terperinci. Jangan setakat suruh rakyat bertenang aja.... kerja mudah dah jadi rumit sekarang....
Kebetulan pada hari selasa ( 16 - 11 - 10 ) baru ini jam 10.15 pagi, saya dikurniakan dapat seorang baby baru setelah 8 tahun tertangguh ( anak keempat). Subuh hari selasa tersebut sementara menunggu isteri di hospital pantai, saya pergi solat subuh di Masjid berdekatan ( masjid Gabenor Melaka ), lepas solat tu, tok imam terus bertakbir raya .... tercenggang makmum..... dalam kalender raya hari Rabu, imam takbir hari Selasa...... rasanya mungkin inilah dinamakan raya satu Malaysia serta Melaka maju.
Dah keadaan jadi kelam kabut, wartawan Utusan dan Berita Harian bukan nak temuramah ahli falak ke..... atau majlis fatwa ! ini menteri loyer buruk dicarinya ? Wartawan bukan nak tolong selesaikan masaalah tapi suka sensasikan berita buruk macam kes banjir di Kedah......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan