Islam semakin tertindas nampaknya di bumi Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah. Laman web Malaysiawaves 12 Nov 2010 menceritakan Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung. Sebelum ini pun pada bulan April 2010 dalam Utusan Malaysia keluhan seorang wanita Melayu Islam mengadu sukar untuk bekerja di Bandaraya Bersejarah kerana isu tudung. Kenapa Islam begitu HINA di BUMI MELAKA ? KENAPA ?
Apa ke tidaknya Bangunan dan TANAH Majlis Agama Islam Melaka pun dah TERJUAL bukan DIJUAL pada BC Lim Enterprise menurut laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dilaporkan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html
Mana pergi keturunan Hang Tuah di Melaka ? Apa kamu semua DAYUS ? Bangsat sangatkah orang Melayu di Melaka ?
***********************
Friday, November 12, 2010
Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung
Dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.
Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka.
Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:
http://www.4shared.com/file/P7W8y8ib/Tidak_Boleh_Pakai_Tudung_di_Ma.html
Sumber artikel http://www.malaysiawaves.com/2010/11/mahkota-hospital-melaka-tidak-izin.html
SUKARNYA MENDAPAT KERJA HANYA KERANA MEMAKAI TUDUNG
Utusan Malaysia 20 Apr 2010
SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah.
Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.
Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti.
Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping).
Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak memakai tudung.
Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat 'normal' untuk bekerja di hotel. Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel.
Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat 'normal' itu.
Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka.
Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat 'normal' itu untuk saya diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak turut meletakkan syarat tersebut.
Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan.
Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat 'normal' itu. Tetapi adakah menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama saya?
Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.
Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung seperti saya.
Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?
HYENA
Negeri Sembilan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive
***************
TUDUNG: BUKAN ISLAM TAK SALAH
Utusan Malaysia 23 April 2010
SAYA amat tertarik dengan tulisan Hyena dari Negeri Sembilan yang mempertahankan syariat Islam bertudung daripada 'digadai ganti' oleh tawaran pekerjaan.
Dalam tulisannya di ruangan ini 20 April lalu, beliau meluahkan kesedihan betapa sukarnya mendapat pekerjaan hanya kerana beliau bertudung.
Beginilah di akhir zaman apabila kedudukan umat Islam cukup lemah, sehinggakan amalan wajib yang kita amalkan sudah berani 'ditawar menawar' oleh pihak-pihak lain atas alasan mencari pekerjaan.
Jika kita lihat daripada sudut liberalisasi hak, pihak majikan tersebut menganggap ini suatu lumrah atau 'normal', sedangkan daripada segi hukum dan hak umat Islam ia adalah satu bentuk diskriminasi dan penghinaan terhadap amalan syariat.
Saya berpendapat hal ini tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada pihak bukan Islam atas beberapa sebab. Antaranya:
Lihatlah gelagat dan pemakaian umat Islam sendiri, terutamanya wanita-wanita Melayu sekarang. Pemakaian rata-rata wanita Melayu sekarang tidak lagi menggambarkan ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna. Memakai tudung tetapi mengenakan seluar dan baju yang ketat, menampakkan belakang dan depan, menonjolkan bentuk tubuh badan yang lebih bersifat 'penggoda'.
Apabila pemakaian begini diamalkan oleh perempuan Melayu, golongan bukan Islam tidak memandang mulia dan melihat perbezaan aurat bertudung atau tidak.
Sebaliknya ia sama sahaja untuk menonjolkan kebolehan mengeksploitasi wajah dan tubuh badan wanita-wanita separa seksi ini bagi promosi perniagaan.
Selain itu amalan diskriminasi terhadap wanita bertudung juga disebabkan ada ramai wanita Muslim lain sanggup menerima peraturan membuka tudung atau melakukan perkara melanggar syarak lain untuk majikan bukan Islam tersebut. Jadi, majikan bukan Islam secara mudah membuat justifikasi perkara aurat ini hal remeh dan tidak penting.
DARIPADA SUDUT UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DI NEGARA INI TIDAK JELAS SAMA ADA UNDANG-UNDANG KHUSUS MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK PEKERJA MUSLIM, terutama di sektor swasta seperti hak bersolat, makanan halal di tempat kerja, menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta tahap sosial persekitaran di tempat kerja yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Sebagai contoh, jika majikan meletakkan seorang wanita dan seorang lelaki di dalam sebuah bilik tertutup, bagaimana undang-undang tersebut boleh membela hak pekerja Islam jika ia menolak tugasan tersebut.
OLEH ITU, PIHAK BERWAJIB MELALUI BANTUAN JAKIM BOLEH MEWUJUDKAN SOP (STANDARD OPERATING PROSEDURES) UNTUK DIGUNA PAKAI OLEH MAJIKAN BUKAN ISLAM KEPADA PEKERJA MUSLIM SUPAYA SELARAS DENGAN KEHENDAK ISLAM.
Perkembangan diskriminasi terhadap pekerja Muslim ini adalah rentetan daripada kelemahan umat Islam sendiri. Jika kita lihat budaya hidup umat Islam kini, terutama di Malaysia tidak ada banyak beza dengan bukan Islam.
Lelaki dan wanita Islam kini tidak lagi serius menjaga budaya dan amalan Islam, bermula daripada unit keluarga sehinggalah kepada skala masyarakat dan negara.
Bergaul bebas lelaki dan perempuan sejak di usia sekolah lagi telah menjadi amalan biasa pada hari ini sehingga telah membiasakan masyarakat kita dengan seks bebas, akhirnya terbuanglah bayi-bayi tidak berdosa oleh manusia penzina lagi pembunuh ini.
Akibat ini juga, umat Islam dipandang jijik, lemah dan rendah oleh bukan Islam sama ada di Malaysia ataupun di mana sahaja, sudahlah lemah di dalam semua bidang keutamaan dunia, seperti penguasaan perniagaan, pencetus teknologi dan pembuatan, malah terjebak pula dengan perkara luar kemanusiaan dan kepelbagaian jenayah.
Oleh itu, diskriminasi yang berlaku pada pekerja Islam ini harus dipandang pada skop yang lebih luas, iaitu ia berpunca daripada sikap kita umat Islam sendiri yang lemah dan tidak kukuh pada ibadah dan budaya hidup Islam seperti yang dimajukan oleh sunnah melalui kitab al-Quran.
Rasulullah SAW juga telah meramalkan akan keadaan ini dan ia sudah semakin nyata, seperti yang sebuah hadis diriwayatkan oleh Thauban r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud setelah ditanya oleh para sahabat,
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Tidak, Bahkan mereka pada masa itu lebih ramai, tetapi ibarat buih di laut yang menjadi tidak berguna lagi tidak digeruni."
Semoga kita mengambil iktibar dan tidak merebak menjadi parah.
Muhammad Azwan
Nibong Tebal, Pulau Pinang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan