Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 15 November 2010

Perguna Masjid : UMNO dah tak lama dah ...

Cadangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal agar Umno menggiatkan usaha mendaftar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara dilihat ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 baru-baru ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama.

AJK Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Haji Bahruddin Hashim berkata, UMNO yang sebelum ini dalam berhadapan dengan PAS menuduh bahawa PAS telah menggunakan Islam untuk kepentingan parti dan peribadi nampaknya terpaksa menggunakan institusi masjid untuk kepentingan partinya.

"PAS berulang kali menerangkan bahawa ia tidak menggunakan Islam sebagai batu loncatan bagi kepentingan politik apabila mendapat kuasa tetapi apa yang diusahakan ialah untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan Islam. Ini jelas sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang menggunakan kuasa baginda sebagai ketua negara untuk melaksanakan peraturan dan syariat Islam yang menyeluruh di Madinah", katanya lagi.

"Apa yang berlaku kepada UMNO sekarang ini ialah menggunakan Islam dan institusinya bagi mengekalkan kuasa sebagaimana yang disebut oleh Presidennya “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa” untuk mempertahankan Putrajaya. Sejarah UMNO membuktikan bahawa ia tidak pernah menghirau hukum halal dan haram demi matlamat tersebut", ujar beliau.

Tiada ulasan: