Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 4 November 2010

PRK GALAS : PAS OPTIMIS PERTAHAN KEDUDUKAN

PAS optimis bakal berjaya mempertahankan kerusi Dun Galas pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini.Kenyataan tersebut dibuat Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pada satu sidang media petang ini.Hal tersebut ujarnya adalah berdasarkan peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar untuk membuang undi."PAS optimis berjaya mengekalkan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, pada kali ini; berdasarkan peratus pengundi luar yang pulang mengundi meningkat lebih daripada 95 peratus," katanya kepada pemberita.Malah tambahnya, antara yang turut sama pulang adalah pengundi daripada Singapura.Katanya terdapat beberapa faktor lain yang boleh membantu kemenangan PAS pada kali ini termasuk peningkatan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.Masa untuk proses pengundian kini tinggal hanya kurang daripada 30 minit sebelum ianya berakhir.

Tiada ulasan: