Saya ada satu kisah benar tentang Taib Mahmud ini. Kalau sesiapa nak beli balak di Sarawak. Paling kurang kena sediankan bankdraft RM 2 juta atas nama Taib Mahmud. Baru dapat balak tanpa tender. Ini tak namanya roswah ke. RM 2 juta bukannya sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Harta si Taib ni dianggarkan mencecah bilion ringgit hasil roswah.
Apalagi rakyat Sarawak. Sudah-sudah berketua menterikan si tua yang kuat roswah ini..
Taib Mahmud Perlu Bukti Kemewahan Peribadi
SHAH ALAM 5 NOV: Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu membuktikan kepada rakyat bahawa kekayaan beliau itu adalah hasil dari usaha sendiri dan bukan melalui penyalahan guna kuasa dan kekayaan negeri itu.
"Dia sendiri tidak boleh membuktikan kekayaan yang dia ada adalah hasil titik peluh dia sendiri, bukan dari kedudukan kuasa politik dia. dia hanya boleh menafikan dan tak boleh buktikan yang kekayaan itu sebenarnya memang dari kekayaan keluarga dia itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz menambah, jika pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) menyangkal sentimen politik anti kekayaan, siasatan harus dibuat bagi memastikan tidak berlaku kronisme di kalangan pemimpin di negara ini.
Katanya lagi, hakikatnya jelas bahawa tidak ada sebarang tindakan di ambil. Siasatan tidak pernah dibuat. Sambil mendakwa Ketua Menteri Sarawak paling lama berkuasa itu boleh bercakap begitu kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berada di tangan Umno-BN yang pasti tidak akan memburukkan pemimpin negara.
Mahfuz berkata demikian mengulas saranan Taib Mahmud yang meminta rakyat Sarawak supaya menolak ahli politik yang menyemai sentimen anti-orang kaya.
Taib mendakwa tindakan berkenaan hanya akan menghalang usaha kerajaan negeri mencapai lebih banyak kemajuan.
Beliau berkata ini berikutan terdapat sebilangan ahli politik yang cuba menyuntik idea anti-kemewahan serta lantang mengkritik kejayaan perusahaan di Sarawak semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Taib berkata pembangunan yang telah dinikmati hampir 30 tahun tidak akan berlaku tanpa sokongan pemimpin korporat yang bertanggungjawab serta sanggup melabur dalam projek yang membawa pulangan jangkamasa panjang.
Beliau seterusnya mendakwa ahli perniagaan dan usahawan berkenaan telah berjaya mempelbagaikan aktiviti ekonomi Sarawak, yang sebelum ini hanya bergantung kepada sumber asli seperti minyak, gas dan balak.
sumber : JUSTICE FOR ALL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan