Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 23 Januari 2011

DUN Merlimau Bakal Serah pada MCA ?

Assalamualaikum ..salam perjuangan


Rasanya sudah lama suasana ini dinantikan oleh semua pihak terutamanya pengundi di DUN N24 Merlimau dimana projek-projek mee segera pasti akan segera didatangkan khas untuk penduduk merlimau dan kawasan sekitarnya.Mana tidaknya setiap kali pilihanraya dilaksanakan pelbagai janji-jandi manis ditabur oleh pemimpin UMNO / BN dan rasanya dah muak bila didengari oleh penduduk-penduduk khususnya di kawasan Merlimau.


Dalam pilihanraya yang lepas, UMNO / BN telah berjanji untuk membina kampus UITM di daerah jasin Khususnya di kawasan merlimau tetapi janji tersebut tinggal janji saja. Apa pembangunan yang UMNO / BN berikan pada penduduk kampung ? Daripada makluman yang diterima sebelum ini juga berkemungkinan DUN Merlimau akan diserahkan oleh UMNO kepada MCA sebagai tukarannya dengan DUN Bemban yang dituntut oleh UMNO sebelum ini. Sama ada ianya pasti atau tidak .. Kita nantikan semasa penamaan calon nanti

Tiada ulasan: