Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 24 Januari 2011

Kita Tengok Siapa Lebih Berani Londeh Seluar di Tenang

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertegas dan mengambil tindakan terhadap parti yang tidak mematuhi peraturan berhubung bendera dan poster semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Abdul Ghani yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu berkata, BN akan sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian kelak.

Katanya, BN sedia menurunkan bendera UMNO, MCA, MIC serta parti komponen lain jika parti pembangkang mematuhi peraturan dan hanya menaikkan bendera atau poster parti yang bertanding saja.

"Kita hanya mahu perjalanan pilihan raya berlangsung dengan aman dan lancar.
Undang-undang pilihan raya sudah ditetapkan iaitu hanya bendera parti yang bertanding saja dibenarkan," katanya pada sidang media selepas Pertandingan Nasyid dan Penyampaian Bantuan Khas Perdana Menteri di Sekolah Agama Pekan Air Panas di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, dan Speaker DUN Johor, Datuk Ali Hassan.

Pilihan raya kecil DUN Tenang ada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
Mengenai kempen kali ini, Abdul Ghani berkata seperti pilihan raya umum yang lalu, BN sudah merancang strategi dan berusaha bagi menjamin kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil ini.

"Petugas jentera yang terdiri daripada sayap UMNO dan parti komponen lain sudah memulakan tugas masing-masing termasuk memasang bendera BN serta poster di kawasan yang dikenal pasti di sekitar DUN Tenang ini.

"Bagaimanapun, kita patuh dengan peraturan yang ditetapkan SPR supaya pemasangan bendera atau poster itu tidak mengganggu keselamatan dan ketenteraman orang ramai," katanya.

Beliau berkata, BN akan berusaha meningkatkan kempen untuk menarik lebih ramai pengundi dengan mengadakan pelbagai kempen di setiap peti undi yang berada di dalam DUN Tenang.

"Kita sudah menjangka akan menerima kehadiran pemimpin pembangkang dari luar Johor, namun BN juga sudah bersedia dan berhati-hati sepanjang kempen pilihan raya ini," katanya

Tiada ulasan: