N27 Dun Merlimau, Melaka merupakan satu Dun yang begitu stratigik kedudukannya. Ini kerana dia bersempadan dengan 4 Dun lain dalam parlimen Jasin, iaitu bersebelahan dengan Dun Serkam, Sg. Rambai, Rim dan Bemban ( Merlimau duduk di tengah ).
Jadi iklim politiknya akan mempengaruhi Dun - Dun sekelilingnya. Inilah yang memeningkan BN Melaka lebih - lebih lagi Datuk Seri Ali Rustam. Kalau sebelum ini dengan bangganya beliau mendakwa Melaka adalah negeri paling selamat untuk BN.......
tetapi sekarang, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi pun tak basah.
Kalau ikut status quo, Dun Merlimau adalah kerusi PAS bertanding sejak dulu lagi, cuma kita pernah beri laluan kepada Semangat 46 sekali dan PKR sekali atas dasar persahabatan. Tapi kalau ikut keputusan terbaik ialah berpihak kepada PAS yang yang dapat mengurangkan majoriti UMNO berbanding parti yang lain.
Berbalik perkara di atas tadi, PAS kawasan Jasin dan PAS negeri, sudah mengumpulkan maklumat kepincangan Umno tempatan selama beberapa penggal Merlimau diwakili oleh Umno tanpa menyentuh peribadi ADUN lawan. Justeru, Umno sedar dan sedang berusaha untuk meletakkan calon yang paling layak kalau boleh yang tak pernah lakukan dosa. Tapi rakyat tahu, kalau Umno orangnya, mustahil tak sapu duit........
Setakat ini, saya dah terima 2 maklumat hasil dari risikan orang dalaman, iaitu Umno dah mula menaburkan duit kepada xxxx dalam keadaan tertutup dan terbuka atas nama kebajikan. Saya pun pelik, masa nak buka sekolah dulu dia tak tabur duit sedangkan waktu itu rakyat sangat memerlukan, tapi bila nak pilihanraya ni barulah nak mula.......
Saya nak ingatkan orang - orang dalam Dun Merlimau gunakan kebijakan akal diwaktu ini, nak minta apa pun, mintalah banyak - banyak, sampai Umno bengkrap, undi tetap PAS. Kita mesti hantar pembangkang yang beragama Islam kerana isu penyelewengan pengurusan agama seperti tanah wakaf oleh MAIM dan sebagainya amat perlu disuarakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan