Kali kedua dalam hidup saya menemui pengalaman banjir.Banjir yang peringkat awal melanda Johor dan beberapa tempat di negara ini merebak ke Melaka.Banyak rumah yang dinaiki air serta ramai yang dilanda musibah.Tidakkurang juga yang mula menjadi korban banjir.
Cuma di Melaka, banjir yang melanda khususnya di Taman Merdeka dan Taman Angkasa Nuri yang menempatkan kira-kira 10 ribu kediamanan penduduk berlaku dalam keadaan 'luar biasa'. Jika di tempat lain hujan ribut berlaku banjir,itu biasa.
Di kedua-dua tempat berkenaan walaupun hujan telah berhenti lebih daripada 24 jam, turut banjir. Ini semua berpunca daripada kelemahan pemerintahan dan pentadbiran Umno/BN.
Pertama air empangan Durian Tunggal yang melepasi tahap kritikal dilepaskan tanpa amaran awal. Saya bertuah kerana mendapat maklumat awal daripada beberapa individu yang meminta berjaga-jaga maka saya dan keluarga sudah bersiap sedia. Banjir yang berlaku secara mendadak akibat pelepasan air empangan Durian Tunggal begitu mewujudkan suasana cemas dan kelam kabut di kalangan ribuan penduduk. Ini menyebabkan ramai penduduk yang tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga.Walhal perkara itu tidak sepatutnya terjadi jika penduduk di beri amaran awal.
Kedua kolam tadahan dan tebatan banjir bernilai lebih RM 200 juta yang dibina selepas peristiwa banjir tahun 2006 yang dirasmikan oleh Pak Lah ketika menjadi PM gagal dimanafaatkan untuk menangani banjir. Ini kerana walaupun selepas 5 tahun projek berkenaan masih gagal disiapkan dan diselenggara dengan sempurna. Kerajaan Umno/BN di bawa Ali Rustam lebih sibuk untuk menyiapkan projek seperti Monorail Melaka yang bermasalaah, membina litar go kart terbesar Asia Tenggara yang kini terbengkalai, projek naik taraf sungai Melaka untuk pelancongan, membeli Eye On Malaysia baru setelah yang lama menjadi besi buruk dan banyak lagi projek yang membazir dan tidak perlu sama ada dibina atau disenggerakan.
Ketiga, pembinaan dan menaik taraf lapangan terbang Antarabangsa Melaka yang bernilai lebih RM 120 juta yang kini menjadi projek gajah putih turut menyumbang kepada berlakunya banjir. Pembinaan lapangan terbang ini sekaligus menyebabkan penduduk di Taman Merdeka dan Taman Angkasa Nuri tinggal dalam kawasan 'empangan' untuk memberi laluan projek berkenaan.
Keempat, aktiviti menambak laut di Pantai Klebang yang kini masih berjalan rancak turut menyumbang kepada berlakunya banjir bukan sahaja pada kali ini tetapi juga pada tahun 2006. Pembinaan tambak laut ini yang merangkumi kawasan berpuluh kilometer persegi menyebabkan aliran air dari Sungai Melaka menjadi perlahan dan tersekat yang menyebabkan mudahnya berlaku banjir.
Justeru itu,kerajaan Umno/BN kena bertanggungjawab sepenuhnya dengan tragedi dan episod malang yang sekali lagi melanda penduduk Melaka. Lebih mendukacitakan lagi kepada kaum berbangsa Tiongha yang bakal menyambut Tahun Baru Cina yang rata-rata kesal dengan banjir yang berlaku kini kerana kelemahan ketara kerajaan Umno/BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan