Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 21 Februari 2011

PRK MERLIMAU : MELAKA MAJU KERANA RAKYATNYA RAJIN....................


Patutlah negeri Melaka telah mencapai taraf negeri Maju pada tahun 2010. Apa ke tidaknya orang Melaka ni rajin-rajin belaka. Tak banyak komplen, kerja saja. Kerajaan tak buat kerja pun tak apa, mereka boleh buat sendiri. Eloknya orang negeri lain contohi rakyat di negeri Melaka ni. Hiduplah Umno di Melaka , Dulu , Kini dan Selamanya. PAS Jangan mimpi untuk menang di Merlimau.

Tampal sendiri jalan berlubang
Sinar Harian 21 Feb 2011

BATU BERENDAM - Kecewa dengan aduan jalan berlubang tidak diambil tindakan, sekumpulan pekerja kilang mengambil inisiatif menampal sendiri lubang di Jalan PBB 1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam, dekat sini.

Mereka bertindak demikian kerana tidak tahan lagi dengan masalah kenderaan rosak akibat melalui jalan berlubang berkenaan.

Berikutan itu, mereka bertindak melakukan kerja menampal jalan secara bergotong-royong.

Difahamkan, lubang di jalan terbabit mempunyai kedalam kira-kira 15 sentimeter, manakala ukuran lilitnya melebihi satu meter.

Seorang pekerja terlibat, Ramli Rahim, 48, berkata, seramai enam kakitangan dari kumpulan fasiliti, DLO Green Tech terlibat melakukan kerja berkenaan.

Menurutnya, mereka mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan kerja berkenaan dengan menggunakan simen.

“Kita terpaksa lakukan sendiri selepas masalah ini langsung tidak diambil peduli oleh mereka bertanggungjawab.

“Kami semua tidak tahan kerana asyik mendengar rungutan daripada rakan-rakan termasuk daripada perkeja kilang lain yang pernah menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa melakukan kerja berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini, ramai merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja ratusan ringgit untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat melanggar lubang berkenaan.

Malah, katanya, dia sendiri pernah menjadi mangsa apabila rim keretanya bengkok.

“Paling ditakuti apabila hari hujan dan lubang berkenaan akan dipenuhi air. Sudah pasti pengguna kenderaan tidak sedar wujudnya lubang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan terbabit juga mendapati masih terdapat beberapa lubang yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan perlu diperbaiki segera.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8780604.asp

Tiada ulasan: