Mee segera memang enak di makan ketika lapar....tak kira walaupun mee tersebut sudah sejuk tetapi berbanding dengan 'projek mee segera' yang kini kian rancak membangun di Merlimau. Pada peringkat awal, rakyat akan menyukai kerana menerima banyak kemudahan asas yang serba baru tetapi biasanya projek yang dikecapi hanyalah bersifat sementara coz biasanya projek2 sebegini hanya dilakukan seperti melepaskan batuk ditangga. Projek yang dilaksanakan dengan segera ini belum tentu menjamin kualiti dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada masyarakat. Lihat sahaja dibeberapa tempat yang pernah berlakunya PRK, mereka semua digula2kan dengan janji2 yang manis dan selepas undi diberi, hilang segala nikmat yang sepatutnya mereka perolehi.
Dibawah ini disertakan beberapa projek mee segera yang dilaksanakan oleh pemimpin BN. Bukan kami menolak kemajuan, tetapi yang memusykilkan kami sejauh mana tahap keihlasan mereka dalam melaksanakan amanah rakyat. Jadi slogan di Merlimau "ADUN MATI, MERLIMAU MAJU" wajar diguna pakai untuk PRK kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan