Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 24 April 2011

PERALIHAN KEPIMPINAN PAS KAWASAN JASIN

Semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasam Jasin kali ke 44 bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ), Simpang kemendor, Jasin dan telah dirasmikan oleh Tn Haji Adly bin Zahari, Timbalan Pesuruhjaya 1, Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.Seramai 135 orang perwakilan telah mengikuti mesyuarat yang telah diadakan.
Dalam ucapan perasmian yang telah disampaikan, Tuan Haji Adly Zahari telah mengingatkan bahawa setiap amanah yang telah diberikan perlulah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya ini kerana segala apa yang telah dan yang dilakukan pasti akan di hisab dihadapan Allah SWT. 

Mesyuarat pada kali ini menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Jasin untuk penggal 2011-2013.Jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin yang sebelum ini disandang oleh Mejer(B) Haji Jasme bin Tompang kini disandang pula oleh Ustaz Kamaruddin bin Haji Sidek manakala Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin pula disandang oleh Tuan Haji Yuhaizad b Abdullah yang mempertahankan jawatan sebelum ini dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin pula disandang oleh En. Azrin bin Abd Majid. Seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan telah dipilih pada majlis tersebut. Jasindaily mewakili seluruh ahli PAS Kawasan Jasin mengucapkan tahniah dan syabas diatas pemilihan tersebut serta berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh ahli jawatankuasa PAS Kawasan Jasin yang terdahulu.Semoga dengan adanya kepimpinan yang baru ini bakal melonjakkan PAS Kawasan Jasin ke mercu kejayaan yang diharapkan.

Tiada ulasan: