Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 2 Mei 2011

Hj.Yuhaizad mengelepai Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

Muktamar DPPNM melabuhkan tirai. Sesi kepimpinan Al-Fadhil Ust Kamarudin Sidek selaku mantan Ketua Pemuda selama 3 penggal berturut-turut tamat dan di gantikan dengan kepimpinan baru di mana Haji Yuhaizad (gambar) yang juga bekas calon N27 PRK Merlimau sebagai ketua pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka untuk penggal seterusnya.

Kepimpinan baru yang di lantik membariskan beberapa muka lama dan baru. Kebanyakan darinya membariskan tenaga anak muda seawal 20 an yang benar-benar di pilih atas komitmen dan mampu memberikan idea yang lebih segar selain agresif untuk menerajui dewan pemuda akan datang.Turut mengepalai dewan pemuda adalah Ustaz Musa Muhamad selaku Timbalan Ketua Pemuda yang sebelum ini beliau memegang jawatan Ketua Lujnah Tarbiyyah Pemuda Negeri.

Saudara Yuzi Azhar pula naik sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri yang sebelumnya sebagai Setiausaha dewan pemuda negeri. Antara AJK-AJK lain adalah Haji Shaharudin, Ustaz Azizan Anwar, Saudara Abu Khir, Saudara Shahrin Azam, Ustaz Norkhairi, Ustaz Sobri, Saudara Johari Osman, Saudara Fathi, Saudara Muhamad Aizat, Ustaz Helmi Hassan dan Saudara Jauhar Dawi.

Majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berakhir dengan ucapan penggulungan Ustaz Kamarudin yang mengingatkan kepada amilin dan barisan pimpinan baru agar terus melaksanakan amanah yang di berikan, kerana jawatan itu merupakan suatu taklifan iaitu amanah dan tanggungjawab bukan tasyrif iaitu suatu kemuliaan untuk di banggakan. 

Ketua Pemuda baru, Haji Yuhaizad dalam ucapan penutup pula mengingatkan bahawa pemuda hari ini perlu lebih terkehadapan dan proaktif dalam menjuarai sebarang isu mengalahkan sayap-sayap lain dalam PAS. Selain persaingan di dalam dewan-dewan, Pemuda juga perlu di lihat menjuarai gerak-kerja di peringkat global dan glokal dalam menyaingi rakan-rakan sepejuangan di dalam Pakatan Rakyat. 

Dengan harapan itu, beliau mengingatkan kepada semua amilin agar terus melaksanakan kebaikan sambil memetik ayat al-Quran di dalam surat Al-Maidah ayar-2, "Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sessungguhnya sangat berat siksaan-Nya" / legendz

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS 
NEGERI MELAKA SESI 2011-2013

KETUA : TUAN HAJI YUHAIZAD BIN ABDULLAH
TIMBALAN KETUA : USTAZ MUSA BIN MOHD
NAIB KETUA : YUZI AZHAR BIN HAJI YOSOF

EXCO DPPNM
1. USTAZ AZIZAN BIN ANWAR
2. SHAHRIN AZAM BIN ISMAON
3. ABU KHIR BIN ABU BAKAR
4. TUAN HAJI SHAHRUDIN BIN YUSOF
5. USTAZ NORKHAIRI BIN YUSOF
6. AHMAD FATHI BIN YUSOF
7. USTAZ NORKHAIRI BIN YUSOF
8. JUHARI BIN OSMAN
9. USTAZ MOHD SOBRI BIN HASHIM
10. MOHD AIZAT BIN BAHARUDIN
11. MOHD JAUHAR BIN MOHD DAWI

Tiada ulasan: