Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 25 Mei 2011

TAMING SARI DI GELERI AZLAN SHAH


Orang ramai berpeluang menyaksikan Keris Laksamana Hang Tuah, Taming Sari yang akan dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar mulai Ahad ini hingga 5 Jun depan.Jurucakap Muzium Negeri Perak berkata, pameran itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-83 tahun ini.Baginda telah memberi perkenan supaya keris Taming Sari dipamerkan di galeri pada tarikh tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.Keris Taming Sari digunakan sebagai salah satu alat kebesaran Diraja Perak dan keseluruhan sarung keris diselaputi oleh dedaun emas. - Bernama

Tiada ulasan: