Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 25 Jun 2011

BERSIH 2.0 : ABANG LONG SUDAH KENA TANGKAP

Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi dipercayai berkaitan dengan memakai dan meyebar risalah berhubung perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini.

Di Shah Alam, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin atau Jonah ditahan polis Selangor ketika sedang minum bersama rakan-rakannya di sebuah restoran kira-kira jam 11 malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, beliau difahamkan Khairul Anuar yang memakai baju Bersih, pada waktu itu baru sahaja selesai memesan minuman sebelum didatangi pihak polis dan meminta beliau mengeluarkan kad pengenalan.

"Minuman sampai, tak sempat minum pun. Polis tengok IC Jonah dan terus gari dia. Dia kemudian dibawa ke IPD Shah Alam", katanya.

Malam tadi merupakan pelancaran awal kempen Bersih 2.0 di Seksyen 24 Shah Alam yang merupakan sebahagian daripada program menjelang Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, seorang lagi anggota Dewan Pemuda PAS difahamkan turut ditahan malam tadi.Pemuda tersebut yang hanya dikenali sebagai Shafri ditahan di Padang Jawa sebelum dibawa juga ke IPD Shah Alam.

Beliau ditahan dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang juga ada kaitan dengan himpunan Bersih 2.0.Bagaimanapun Jonah dan Shafri masing-masing dibebaskan jam 1.10 pagi dan 1.40 pagi selepas kenyataan mereka dirakam pihak polis."Tak sampai 24 jam, satu lagi siri tangkapan dibuat...Ternyata polis cuba menyekat hak dan kebebasan rakyat yang dijamin perlembagaan", kata Rozan lagi.

"Ini cubaan menakutkan rakyat. Kita seru rakyat jangan putus asa, kita ada hak berhimpun secara aman 9 Julai ini", tambahnya.Selain itu Di Johor, tujuh lagi aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan Bersih.Risalah itu diedar dalam pelancaran kempen parti itu 'Udahlah tu ...Bersaralah'.Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia, melalui penjelajahan jelajah dari 24-26 Jun untuk mendedahkan rekod BN.

Tiada ulasan: