Pemuda PAS diseru agar menjaga kepentingan hubungan setiakawan dalam kerjasama Pakatan Rakyat dan menghindari anasir-anasir luar serta dalam yang boleh merosakkan hubungan baik."Ini adalah penting agar pengundi semakin yakin dalam meraih undi Pakatan rakyat," ujar wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa ketika membahaskan Ucaptama Ketua DPPP di Dewan MBSA dekat sini.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar DPPP mendesak Umno-BN menghentikan program dan
usaha yang boleh merosakkan minda masyarakat."Kami juga menyeru agar Dewan Pemuda PAS Pusat dapat memperkasakan Pusat Asuhan Tadika Islam(PASTI) di semua peringkat dan negeri bagi pusat didikan dan tarbiah untuk anak-anak hasil didikan Islam," katanya.Mohd Fairuz turut berpandangan bahawa kuasa mahasiswa yang mendapat pentarbiyahan di kampus mahupun luar kampus perlu diaktifkan supaya menjadi penerus perjuangan para pejuang Islam.
"Pelbagai usaha harus dipergiatkan lagi supaya mahasisawa dapat bersama-sama turun bersama masyarakat dalam memperjuangkan isu-isu masa kini dan berkaitan mahasiswa seperti isu PTPTN, pilihanraya kampus yang adil di universiti dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, bagi Wakil Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Helmi Radzuan berpendapat bahawa secara dasarnya anak-anak muda zaman sekarang mempunyai lontaran suara mereka sendiri yang perlu didengari oleh masyarakat setempat."Dalam hal ini, PAS perlu mendengar dan memastikan suara anak muda ini diperjuangkan kerana PAS dilihat masih gagal menyelami isu-isu berkaitan golongan muda.Katanya, usaha memperjuangkan isu-isu golongan muda ini juga perlu konsisten supaya anak muda berterusan menyokong PAS."PAS juga perlu menggalakkan pendaftaran dan penglibatan pengundi muda dan mahir dalam Daftar Pemilih dalam usaha mendekati pengundi muda sebagai persiapan menghadapi pilihanraya Umum ke-13 akan datang, " katanya lagi.
Beliau juga memberi cadangan supaya Pemuda PAS dapat mengajurkan satu program yang disertai wakil Pemuda setiap negeri sebagai penyelarasan dalam tindakan di peringkat negeri dan Pusat.
Mohd Azam Abdul Razak dari Johor pula berharap PAS dapat menggalakkan ledakan sokongan masyarakat bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat dan menyediakan pelbagai mekanisme untuk menarik golongan pengundi muda. Ujarnya, Pemuda PAS juga perlu dilihat memperkasakan lagi Pemuda PAS sebagai duta penyelamat dan kasih sayang untuk membangkitkan kesedaran anak muda dalam agama. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi penyebab faktor utama anak muda berubah sokongan terhadap PAS.
"Salah satu usaha menarik generasi muda di bandar ialah memaksimumkan peranan media baru yang banyak mempengaruhi hidup mereka sekarang. Bagi gologan muda luar bandar, PAS hendaklah terus memperjuangkan isu gologan muda di Felda," cadangnya lagi kepada sidang perwakilan muktamar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan