Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 17 Jun 2011

KHAIRY BAKAL BERHADAPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

NONEKetuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.

“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang,” tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.

Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.


Menyalahi undang-undang

“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.
azlanHishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”

Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.
Sesiapa sekali pun

“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.

umno youth rally 090209 khairy 02“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.
Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata Khairy.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Tiada ulasan: