Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 3 Jun 2011

NIk Abduh dan Muhammad Khalil Warnai Pimpinan Pemuda Pusat

Dua anak pemimpin tertinggi PAS diumumkan menang dalam pemilihan Dewan Pemuda yang berlangsung hari ini.Nik Abduh, anak Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menang bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda dalam pertandingan empat penjuru.

Manakala, Muhammad Khalil, anak Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang bertanding jawatan anggota jawatankuasa.

Nik Abduh (kanan) mendapat 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandang jawatan itu Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi dalam pertembungan empat penjuru.


Nik Abduh sebelum ini hanya anggota jawatankuasa manakala Muhammad Khalil pula pertama kami dipilih menyertai jawatankuasa pimpinan ketuanya Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.Nik Abduh yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu ketika dihubungi pemberita bagaimanapun mengakui kemenangannya mungkin disebabkan pengaruh bapanya."Saya harap boleh menjadi penggangti yang baik kepada Azman dan kemudiannya jadi pembantu yang baik kepada Nasrudin," katanya.Kemenangan mereka berdua dijangka menguatkan lagi cengkaman kumpulan ulama dalam dewan itu. 

Tiada ulasan: