Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 17 Julai 2011

ALTERNATIVE RIDING CLUB MELAKA BERJAYA DILANCARKAN



Alternative Riding Club atau ARC telah berjaya melebarkan sayapnya dengan tertubuhnya kelab permotoran Alternatif di Melaka. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Presiden ARC Pusat iaitu saudara Yasir Said. Seramai 58 orang peserta telah mendaftarkan diri menyertai kelab permotoran tersebut. Program ini telah memberikan pendedahan khusus kepada golongan mat - mat motor yang lebih dikenali dengan remaja rempit kepada kaedah yang betul semasa menunggang motorsikal.





 Selain merapatkan hubungan antara pemuda dengan masyarakat, program ini juga berjaya mencungkil bakat -bakat terpendam dikalangan anak muda dan remaja yang minat dengan sukan permotoran dengan menganjurkan beberapa acara sukan yang menarik antaranya Motorsikal Lambat dan Aksi Weekang. Majlis perasmian turut dihadiri pemimpin tertinggi kawasan dan negeri.Di akhir majlis, satu konvoi bermotor telah diadakan bermula dari Arena Futsal dan berakhir di Balai Islam Azzawiyah Umbai. 

Tiada ulasan: