Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Julai 2011

TIADA BEZA ANTARA AMBIGA DAN UMPORNO

Antara tuduhan UMNO terhadap Ambiga, Pengerusi BERSIH, adalah beliau menyokong murtad.Soalnya sekarang apa beza UMNO dengan AMbiga dalam isu Murtad?Kalau kita rujuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559), murtad tidak menjadi kesalahan di Wilayah Persekutuan.

Sedangkan Undang-Undang Syariah di Wilayah Persekutuan dicipta, diluluskan serta dikuatkuasa oleh UMNO dan BArisan Nasional.Jadi, apa bezanya Ambiga dgn UMNO?Bezanya adalah Ambiga bukan Islam. Hukumnya tidak haram bagi AMBIGA untuk menolak hukum murtad kerana beliau bukan Islam. Juga, beliau mungkin jahil berkenaan hukum Islam kerana beliau bukan Islam.Dan maklumat yang Tulang Besi dapat, Ambiga sebenarnya memperjuangkan kebajikan mereka yang masuk Islam kerana perkahwinan. Bukannya, Ambiga menyokong murtad kerana menyokong murtad. Lebih kerana menjaga kebajikan saudara2 baru yang tidak ditarbiyyah dgn baik oleh orang Islam sendiri.Apa alasan UMNO tidak mengharamkan Murtad di Wilayah Persekutuan? Adakah UMNO juga jahil dalam hal agama

SUMBER : MALAYSIA WAVES

Tiada ulasan: