Assalamualaikum .. salam Ramadhan
Isu kontroversi memurtadkan umat Islam negara ini dilakukan dengan semakin berani, dakwa akhbar harian Melayu, Sinar Harian.
“Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi,” kata Sinar dalam ruangan kolum Isninnya.
Laporan itu juga berkata gerakan memurtadkan orang Islam semakin berani dan dilakukan secara terbuka. Sehubungan itu, ia merayu usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan.
Ia juga memaparkan dakwaan seorang ustaz yang mendakwa pernah memutadkan lebih 200 umat Islam apabila dirinya dilatih menjadi mubaligh dan seorang paderi.
Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz, yang pernah dikenali sebagai Yohanus, adalah anak kepada seorang pemimpin ketua gereja di Kota Belud, Sabah yang dilatih menjadi mubaligh Kristian sebelum meninggalkan agama itu pada 1990.
Bagaimanapun akibat sering diburu perasaan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya, terutama tentang apa yang dibuatnya selama ini dan juga atas beberapa insiden, hati Yohanus tiba-tiba berubah menjadi tertarik kepada Islam, satu agama dan umat yang paling dimusuhinya sejak kecil.
“Kepercayaan saya (waktu itu) sering berperang dengan hati sendiri,” katanya.
Namun segala-galanya berubah, sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah syahadah pada 1990.
“Segala keraguan dan keluh-kesah itu pergi dengan tiba-tiba. Hingga sekarang, saya berasa amat tenang bersama Islam, sesuatu yang saya tidak pernah rasai dulu,” katanya dipetik Sinar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan