"Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir." (Riwayat al-Baihaqi)
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita berdoa pada Allah s.w.t. Berdoa bukan terhad pada bulan Ramadhan semata-mata. Kerana Bulan Ramadhan akan di makbulkan doa oleh Allah, Insha-Allah.
Bulan Ramadhan adalah bulan lebih baik daripada seribu bulan. Adakah kita tak pernah terfikir sebelum ini. Kerana bulan Ramadhan ada malam yang sangat istimewa kepada umat Islam khususnya iaitu Lailatul Qadar. Malam penuh berkat itu segera kita kejari sebelum ia pergi meninggalkan kita.
Oleh itu, mari kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah. Jika di bulan-bulan yang lain kita kurang berdoa, bermula Ramadhan kali ini kita memperbanyakkan berdoa. Semoga Allah memperkenaan hajat kita.
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan