Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 22 Ogos 2011

TUGU ADA UNSUR PEMUJAAN

Assalamualaikum .. Salam Ramadhan Al-Mubarak

KLEBANG - Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka mahu Kerajaan Negeri menyatakan pendirian berhubung pembinaan tugu 1Malaysia di Pantai Klebang di sini, yang didakwa boleh menjurus kepada unsur pemujaan.


 Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Melaka, Mohd Noor Omar berkata, pembinaan tugu itu dibimbangkan boleh membawa kepada tergelincirnya akidah umat Islam. 


“Jika kita lihat bermulanya penyembahan berhala Arab jahiliah suatu ketika dahulu, bermula dengan pemujaan dan penyanjungan tokoh mereka yang pada asalnya dibuat tugu tetapi lama-kelamaan jadi pemujaan berhala. “Itu sebab kita bimbang tugu 1Malaysia yang pada mulanya dianggap sebagai satu konsep dan tugu untuk diingati tetapi akhirnya boleh menyebabkan tergelincirnya akidah umat Islam di negara ini, khususnya di Melaka,” katanya.


 Beliau turut menyarankan Kerajaan Negeri melaksanakan perkara yang lebih memberi manfaat kepada rakyat daripada melakukan pembaziran. “Kita mahu Kerajaan Negeri nyatakan pendirian berhubung isu ini kerana Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu 1Malaysia ditegah kerana mengandungi unsur penghormatan. “Kita turut khuatir kerana pembinaan tugu ini boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala),” katanya. Sementara itu, Mohd Noor mendakwa, kos pembinaan tugu itu juga dilihat tidak masuk akal kerana nilainya mencecah RM352,000.


“Kosnya hanya sekitar RM100,000 berdasarkan harga pasaran tetapi sudah meningkat tiga kali ganda. Ia hanya dibina daripada tetulang besi dan tapak asasnya daripada konkrit simen. “Ia mempunyai :ketinggian 17.7 meter dengan lebar 9.1 meter, hanya dibaluti dengan kanvas di bahagian depan dan belakang,” katanya. Tugu 1Malaysia juga dianggap tertinggi di negara ini dan dibina sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak sewaktu beliau melakukan lawatan kerja ke negeri ini pada 4 Februari tahun lalu. 

Tiada ulasan: